Dulu saya ingat bisnes tayar ni kalau ada kedai, ada servis, ada pelanggan datang, cukup dah. Rupanya bila bisnes mula jalan, cabaran sebenar bukan setakat cari pelanggan.
Cabaran paling besar adalah macam mana nak pastikan sales konsisten dan operasi tak bergantung pada kita seorang. Nama saya Mohammad Saiful, pengasas Ikhtiar Venture Global Sdn Bhd.
Sebelum bersama FunnelEvo APEX Consulting di Mastermind, antara cabaran paling besar saya adalah susah nak dapatkan staf operasi dalam bidang automotive. Bukan mudah nak cari orang yang betul-betul boleh buat kerja, faham servis, dan boleh bantu bisnes bergerak dengan lebih tersusun.
Dalam masa yang sama, sales pun tidak konsisten. Ada bulan nampak okay, ada bulan mula risau. Bila sales tak stabil, susah nak buat perancangan. Nak tambah team pun fikir banyak kali. Nak besarkan bisnes pun rasa macam belum cukup yakin.
Selepas dibimbing di Mastermind, saya mula nampak pentingnya bisnes bukan hanya bergantung kepada kerja keras semata-mata, tapi perlu ada sistem, strategi dan hala tuju yang jelas.
Alhamdulillah, Ikhtiar Tayar juga berjaya menandatangani MOU selama 5 tahun bersama Kolej Vokasional Slim River bagi penempatan intern automotive di Ikhtiar Tayar. Ini antara langkah besar untuk bantu selesaikan cabaran tenaga kerja dalam industri automotive.
Dulu susah nak cari staf operasi. Sekarang kami mula bina pipeline bakat sendiri melalui kerjasama dengan institusi pendidikan. Perjalanan ini buat saya sedar satu perkara. Founder tak boleh hanya fikir sales hari ini sahaja. Founder juga kena fikir bagaimana nak bina bisnes yang boleh bertahan, berkembang dan ada sistem untuk masa depan.
Terima kasih FunnelEvo kerana bantu saya nampak bisnes ini dengan lebih jelas. Daripada sales yang tidak konsisten, hari ini Ikhtiar Tayar sedang bergerak ke arah bisnes automotive yang lebih tersusun, lebih stabil dan lebih bersedia untuk berkembang
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
