Nama saya Mohd Shahrul Abdullah, pengasas Taikun Tyre Auto Care Sdn Bhd. Sebelum saya berada di tahap hari ini, saya hanyalah seorang pekerja mekanik biasa. Saya bermula dari bawah, dengan kemahiran yang saya ada dan impian besar untuk ubah kehidupan sendiri.
Saya mula berniaga secara kecil-kecilan dari rumah. Waktu itu, saya buat servis minor dan major kenderaan. Memang nampak kecil, tapi dalam hati saya percaya satu perkara.
Bisnes ini boleh pergi jauh kalau saya ada ilmu, sistem dan keberanian untuk berubah. Pada awal perjalanan, cabaran memang banyak. Jualan susah untuk naik secara konsisten. Pengurusan staf dan operasi belum tersusun. Marketing belum kuat. Team pula belum cukup mampu untuk bantu saya kembangkan bisnes.
Sebagai founder, banyak benda akhirnya saya perlu fikir dan urus sendiri. Saya bukan sekadar perlu pastikan bengkel berjalan, tapi saya juga perlu fikir macam mana nak besarkan bisnes. Segalanya mula berubah pada Ogos 2023 apabila saya buat keputusan untuk menyertai program Mastermind FunnelEvo.
Saya masuk dengan niat untuk belajar. Tapi saya tak sangka, ilmu yang saya dapat bukan sekadar tentang marketing atau jualan. Saya belajar cara untuk urus bisnes dengan lebih betul, susun KPI, bina sistem, latih team dan paling penting, ubah cara fikir saya sebagai founder.
Saya mula sedar, kalau saya nak besarkan bisnes, saya tak boleh terus berfikir seperti orang yang hanya urus kerja harian di bengkel. Saya perlu mula berfikir sebagai pemilik bisnes. Selepas konsisten apply apa yang dipelajari dalam FunnelEvo, perubahan mula berlaku sedikit demi sedikit. Operasi semakin jelas. Team mula lebih tersusun. Saya mula nampak nombor bisnes dengan lebih baik. Keputusan yang saya buat juga jadi lebih strategik.
Akhirnya pada tahun 2024, saya berjaya capai jualan 7 angka pertama. Bagi saya, angka itu bukan sekadar pencapaian sales. Ia adalah bukti bahawa bila ilmu yang betul digabungkan dengan tindakan yang konsisten, bisnes yang bermula kecil pun boleh berkembang jauh.
Pada Ogos 2025, saya ambil langkah seterusnya dengan memohon bimbingan tertinggi President Prime FunnelEvo. Di fasa ini, saya belajar dengan lebih mendalam tentang kepimpinan, struktur organisasi, SOP, KPI pasukan dan cara berfikir sebagai CEO sebenar.
Kesannya, bisnes saya semakin tersusun. Team lebih stabil. Saya pula lebih tenang memimpin kerana bisnes tidak lagi hanya bergantung kepada saya seorang. Dulu, saya cuma mekanik biasa.
Hari ini, dengan izin Allah, ilmu, sistem dan bimbingan yang betul, saya berjaya membina bisnes 7 angka melalui Taikun Tyre Auto Care Sdn Bhd. Apa yang saya belajar, zaman sekarang ilmu digital bisnes bukan lagi pilihan. Ia satu keperluan.
Kalau kita mahu bisnes berkembang dengan lebih cepat, lebih selamat dan lebih tersusun, kita perlu berani belajar, berani berubah dan berani bina sistem yang betul
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
