Dulu Berniaga Sekadar Nak Bebas, Sekarang Saya Berniaga Untuk Beri Manfaat.

Nama saya Nur Azean Nordin, pengasas kepada jenama BinNurdin.
Kalau orang tengok saya sekarang, mungkin nampak perjalanan ini mudah. Tapi hakikatnya, saya pernah lalui pelbagai fasa jatuh bangun dari menjual di pasar malam, tepi jalan, sehinggalah ke butik di Bangsar.

Saya graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Sains Komputer (Multimedia). Lepas habis belajar tahun 2004, saya bekerja di sebuah syarikat di Teknologi Park Malaysia. Kerja stabil, gaji tetap, tapi jiwa saya kosong.

Saya bukan jenis yang boleh duduk di depan komputer dari 9 pagi sampai 6 petang buat benda yang sama. Saya nak kebebasan masa dan keputusan sendiri jadi saya buat keputusan yang ramai orang tak berani buat. Saya berhenti kerja.

Saya mula berniaga pada usia 23 tahun dengan bisnes MLM. Lepas tu, umur 25 tahun, saya jadi franchisee salon rambut Snips. Tapi salon tu tak bertahan lama. Saya gagal dan terpaksa tutup.

Tahun 2009, selepas saya menunaikan Umrah bersama keluarga, saya dapat ilham. Di sana, hati saya terdetik untuk hasilkan produk yang berinspirasikan nilai nilai kekeluargaan dalam setiap interaksi. Pelanggan dilayan seperti keluarga, bukan sekadar pembeli. Suasana butik memberi rasa tenang, mesra, dan menyediakan khidmat nasihat buat para pelanggan yg pertama kali ingin mengerjakan umrah/haji.

Masuk ke program Mastermind FunnelEvo adalah turning point sebenar saya. Saya belajar untuk berfikir seperti seorang pemimpin, bukan sekadar peniaga.

Dulu saya pemalu, takut buat keputusan besar. Sekarang saya lebih yakin, berani ubah arah, dan tahu bagaimana nak pimpin team dengan budaya baru. Saya perkenalkan “morning booster” dalam syarikat, supaya semua orang mula hari dengan semangat.

Dan yang paling penting saya mula bergaul dengan circle usahawan yang betul. Saya aktif join event bersama agensi & kementerian, sebab saya percaya peluang tak datang pada orang yang duduk diam.

Dulu, saya fikir kalau nak berjaya, kedai kena besar dan lokasi kena strategik. Tapi sekarang saya tahu orang tak cari kedai kita, mereka cari kita di Google, TikTok, Instagram dan Shopee.

Kalau bisnes tak muncul di sana, maknanya kita tak wujud di mata pelanggan. Dunia sekarang bukan lagi siapa paling dekat, tapi siapa paling nampak.

Dengan ilmu digital, saya bukan saja capai pelanggan dari Malaysia malah sampai ke luar negara.

Berniaga bukan sekadar nak bebas masa. Berniaga ialah tanggungjawab.
Kita bukan sekadar nak cari untung kita bina nilai dan manfaat untuk orang lain.

Saya pernah gagal berkali-kali. Tapi setiap kali saya jatuh, Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik asalkan saya tak berhenti belajar.

Hari ini, saya bukan lagi si gadis yang bosan dengan kerja pejabat. Saya seorang wanita yang berdiri dengan bisnes sendiri, yang pernah jatuh di tapi akhirnya menemui makna sebenar berniaga melalui BinNurdin.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !