Dulu Banyak Benda Saya Tak Tahu, Kini Banyak Sebab Untuk Saya Bersyukur

Nama saya Dr. Afiqah Shahat daripada Klinik Pergigian Penawar, Ayer Hitam. Alhamdulillah, baru semalam saya betul-betul sedar bahawa bisnes saya sudah mencapai RM1 juta pertama untuk tahun 2026.

Bila melihat angka itu, saya rasa sangat bersyukur dan sebak. Saya tahu bagaimana perjalanan untuk sampai ke tahap ini. Ada masanya saya buntu, tak tahu apa langkah seterusnya. Banyak perkara saya belajar dari kosong, dan banyak keputusan perlu dibuat ketika saya sendiri belum cukup yakin.

Dalam perjalanan inilah, bimbingan FunnelEvo banyak membantu saya. Terima kasih kepada team FunnelEvo dan Board Of Director yang membimbing saya, membantu saya melihat ruang penambahbaikan serta potensi dalam bisnes yang kadangkala saya sendiri terlepas pandang.

Daripada rasa tidak pasti, saya perlahan-lahan belajar untuk lebih yakin membuat keputusan dan mengambil tindakan. Sokongan yang diberikan juga membantu saya membina kepercayaan terhadap kemampuan diri sendiri. Di sebalik RM1 juta pertama ini, ada ilmu yang dipraktikkan, jatuh bangun, pengorbanan dan ramai insan yang membantu saya sepanjang perjalanan. FunnelEvo adalah antara mereka yang akan sentiasa saya ingat. Terima kasih kerana percaya, membimbing dan terus menyokong saya sehingga saya sendiri mampu percaya bahawa saya boleh.

Pencapaian ini menjadi semangat untuk saya terus belajar, memperbaiki pengurusan bisnes dan melangkah lebih jauh bersama Afiqah Dental. Alhamdulillah atas rezeki ini. Semoga Allah terus memberkati usaha dan perjalanan kita semua.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!