Siapa sangka, wanita yang pernah hanya tinggal RM1,500 dalam akaun bank, kini mampu capai jualan harian sehingga RM14,500 sehari hanya dengan menjual ayam goreng?
Itulah kisah luar biasa Puan Nuura Ain Yaacob, pengasas kepada CMP Melting Cheese Sdn. Bhd., yang kini menjadi salah satu jenama F&B yang semakin meningkat naik di pasaran.
Puan Nuura bukanlah bermula dari bidang makanan. Dahulu, beliau hanyalah seorang designer di sebuah kedai printing.
Namun disebabkan tekanan kerja, gaji yang tidak mencukupi, dan keinginan untuk membesarkan anak dengan masa yang lebih fleksibel, beliau mula ambil keputusan untuk berhenti dan memulakan perniagaan sendiri dari rumah.
“Saya memang minat berniaga sejak sekolah… Tapi lepas anak kecil lahir, saya terpaksa pilih – kerja atau keluarga. Maka saya pilih untuk mula dari dapur rumah,” katanya.
Namun perjalanan bukan mudah. Beberapa tahun lalu, saat COVID-19 melanda, Puan Nuura dan keluarganya diuji hebat.
“Kami sekeluarga dijangkiti COVID-19 tahap 4. Saya bergantung kepada tong oksigen. Anak-anak terpaksa dijaga orang lain. Duit dalam akaun tinggal RM1,500 sahaja,” luahnya sayu.
Dalam keadaan getir itu, suaminya sanggup menjadi pemandu Grab demi mencari sesuap nasi, sementara beliau berjuang melawan penyakit dan tekanan hidup.
Dengan hanya modal 5 angka, beliau membuka kedai kecil. Barang-barang semua guna apa yang ada. Promosi hanya melalui Facebook. Suami pula bantu buat penghantaran rumah ke rumah.
Menu utama? Ayam Goreng Cheese dan Ayam Goreng Korea, yang dimasak sendiri dari rumah.
Titik perubahan besar berlaku pada Mei 2025, apabila beliau nekad menyertai program Mastermind anjuran FunnelEvo.
“Waktu tu duit dalam akaun hanya ada RM15,000. Tapi saya tetap bayar join. Sebab saya yakin, kalau tak belajar, saya akan kekal macam tu je,” jelasnya.
Hasil Luar Biasa Lepas DibimbingSelepas dua bulan dibimbing, hasilnya sangat mengagumkan:
- Staf bertambah dari 7 ke 11 orang.
- Belajar cara ambil pekerja betul melalui platform seperti Indeed.
- Sales harian weekday naik daripada RM2000 ke RM8000.
- Sales weekend pernah mencecah RM14,500 sehari!
- Gunakan strategi iklan di 3 platform: Facebook, TikTok & Google Ads (RM50/hari setiap platform)
“Dulu iklan hanya di Facebook, bajet RM100 sehari. Sekarang, kami guna tiga platform dan lebih stabil. Sales pun makin naik.”
Satu ketika dahulu, Puan Nuura mengakui beliau sering mengambil pekerja hanya kerana ada yang datang meminta kerja. Prinsipnya mudah “asal ada orang, terus ambil.” Namun selepas menerima teguran tegas daripada Tuan Pudin, beliau mula sedar bahawa sebagai pemilik bisnes, tidak sepatutnya kelihatan terdesak untuk mengisi kekosongan. Kini, beliau lebih berhati-hati dalam proses pengambilan staf, menapis calon dengan teliti dan memastikan hanya mereka yang benar-benar berkualiti serta mampu bekerja dengan komited sahaja yang dipilih.
Bagi Puan Nuura, kejayaan bukan datang dari nasib. Ia datang dari tindakan dan kesanggupan belajar.
“Ilmu digital sangat penting. Jangan takut melabur untuk ilmu. Saya jatuh cinta dengan FunnelEvo sebab semua yang diajar tu hasil sebenar, bukan teori kosong.”
“Kalau kita tak cari guru, kita akan duduk di tempat yang sama, tahun demi tahun.”
Dari tekanan hidup dan akaun hampir kosong, kini Puan Nuura membina satu jenama yang bukan sahaja membanggakan tapi menjadi inspirasi kepada ribuan wanita dan ibu di luar sana.
Kerana kadang-kadang…
Perubahan besar hanya bermula dengan satu keputusan berani.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!