“Dulu 2.5 Tan, Kini 4 Tan Sehari – Inilah Kisah Saya Bangunkan Semula Legasi Cili Keluarga!”

Bayangkan… setiap hari awak kena siapkan tempahan cili boh dari seluruh Semenanjung.

Permintaan pelanggan naik mendadak. Mesin berasap, staf silih berganti keluar masuk, dan tekanan semakin tinggi.

Itulah realiti yang saya lalui sebagai generasi kedua penerus bisnes keluarga.

Bisnes ini diwariskan oleh ibu dan ayah saya tetapi saya sedar, ilmu bisnes tak datang sekali dengan warisan.

Saya pernah rasa hilang arah. Staf keluar masuk macam pintu pasar, pengeluaran tunggang-langgang, dan pasaran tak berkembang.
Sampailah saya nekad untuk cari ilmu dan bimbingan daripada FunnelEvo… dan di sinilah hidup bisnes saya berubah sepenuhnya.

Nama saya Hafizzatul, pengusaha Sahabat Global Sdn. Bhd. di Terengganu.
Sebelum sertai FunnelEvo, masalah utama saya adalah pengurusan staf yang tak stabil hari ini masuk, esok keluar.
Cabaran ini buat saya sukar untuk fokus membangunkan bisnes.

Saya tahu kalau saya tak ubah cara urus bisnes, legasi keluarga ini akan perlahan-lahan hilang.
Saya perlukan sistem, strategi, dan mentor yang boleh bimbing saya langkah demi langkah.

Selepas sertai FunnelEvo, saya mula nampak arah yang jelas.
Saya belajar bukan sahaja cara tingkatkan sales, tapi juga membina bisnes yang mampu bertahan lama.
Dalam masa beberapa bulan, perubahan besar mula berlaku:

  1. Permintaan Melonjak – Dari 2.5 tan sehari, kini mampu capai 4 tan sehari.
  2. Pengurusan Pasukan Mantap – Tahu cara pilih staf yang setia dan berkualiti.
  3. Pengeluaran Tersusun – Walaupun permintaan tinggi, pengeluaran tetap lancar.
  4. Pasaran Meluas – Produk kini masuk ke seluruh Semenanjung.
  5. Naik Taraf ke Sdn Bhd – Memberi perlindungan liabiliti dan peluang pembiayaan.
  6. Geran TEKUN RM100,000 – Untuk beli mesin operasi baharu.
  7. Lori 3 Tan Sendiri – Baru dibeli untuk urusan penghantaran.

Saya juga ada satu kelemahan besar iaitu takut kamera!
Berniaga dah lama, tapi nak buat video atau live, saya segan bukan main.
Alhamdulillah, selepas hadir ke program FunnelEvo, saya berjaya pecahkan tembok ketakutan itu.

Kini, saya tidak kekok lagi untuk buat live dan berinteraksi dengan pelanggan.

Ramai kata, bisnes dengan adik-beradik mesti bergaduh.
Saya, adik dan abang, diberi amanah untuk menguruskan bisnes ini bersama.

Ya, kadang-kadang adik-beradik boleh bertengkar hal kecil, tapi kami belajar untuk bersatu demi matlamat yang lebih besar. Sekarang, kami dalam misi untuk kembangkan bisnes ini ke tahap yang lebih tinggi.

Nak grow bisnes lebih laju bukan hanya soal naikkan sales.
Kita perlu bina bisnes yang mampu bertahan dan berkembang.
Proses setiap orang berbeza ada yang ambil masa 3 bulan, 6 bulan, atau setahun.

Yang penting, sediakan diri dengan ilmu dan tindakan yang betul, supaya kita tak ulang kesilapan yang pernah dibuat orang lain.

Kini, saya sudah masuk tahun ke-3 sebagai PRESIDENT di FunnelEvo, dan perjalanan ini baru sahaja bermula.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Similar Posts