Di Sebalik Kepimpinan Tun Dr. Mahathir, Perjalanan Seorang Negarawan

Ada tiga jenis pemimpin di dunia ini. Yang pertama, pemimpin yang sekadar menjaga negara seperti penjaga pintu yang memastikan semuanya berjalan seperti biasa.

Yang kedua, pemimpin yang mengubah negara. Mereka yang berani merombak sistem dan meninggalkan kesan pada zamannya.

Tetapi ada satu lagi kategori pemimpin yang sangat jarang ditemui. Pemimpin yang menaikkan standard negara sehingga dunia terpaksa menoleh kepada kita.

Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah pemimpin kategori ketiga ini. Seorang negarawan sejati yang mengangkat Malaysia daripada sebuah negara membangun yang diabaikan kepada sebuah kuasa ekonomi Asia yang diperhitungkan.

Dalam podcast edisi khas Buatsaja bersama Tun Dr. Mahathir, kami berkesempatan menyelami pemikiran salah seorang tokoh paling berpengaruh dalam sejarah Malaysia moden.

Di usia hampir satu abad, beliau masih bangun pada 6.40 pagi dan tiba di pejabat pada 8.20 pagi, lebih awal daripada ramai yang separuh umurnya.

Rahsia Ketahanan, Bila Tidur Menjadi Strategi

Apa rahsia ketahanan fizikal dan mental Tun Dr. Mahathir dalam arena politik yang begitu mencabar? Jawapannya mungkin mengejutkan. Beliau tidur pada pukul 10.30 malam.

Dalam era hustle culture yang memartabatkan kurang tidur sebagai lambang dedikasi, Tun Dr. Mahathir mengambil pendekatan yang berbeza.

“Otak juga perlukan rehat. Tanpa tidur yang cukup, ia akan letih. Sebab itu saya tidur lena supaya bangun pagi dengan tenaga baru.”

Tetapi tidur bagi seorang Perdana Menteri bukanlah seperti tidur orang biasa.

Sebelum beliau terlelap, pemikiran beliau akan berputar mengenai pelbagai isu negara dari perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat, kepada strategi mengatasi kemiskinan, kepada perancangan ekonomi jangka panjang.

“Kalau saya tak buat kerja, sebelum tidur saya akan fikirkan masalah dunia.”

Inilah paradoks menarik tentang kehidupan seorang pemimpin sejati. Masalah adalah vitamin beliau. Masalah yang membuatkan beliau terus bergerak, terus relevan, terus aktif.

Falsafah Kuasa, Amanah Bukan Hak Istimewa

Salah satu nasihat paling berani yang dikongsi Tun Dr. Mahathir berkaitan dengan falsafah kuasa.

Dalam dunia politik yang sering dicemari rasuah, kata-kata beliau terdengar seperti tamparan kepada mereka yang menyalahguna jawatan.

“Jawatan Perdana Menteri adalah amanah untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan lesen untuk guna kuasa demi kepentingan sendiri.”

Beliau menekankan bahawa apabila seseorang menjadi pemimpin, dia menanggung tanggungjawab terhadap setiap pengikutnya. Kepentingan rakyat mesti diutamakan

“Kalau rakyat susah, kita mesti cari jalan selesaikan.”

Rekod beliau membuktikan prinsip ini. Beliau menang pilihan raya lima kali berturut-turut, setiap kali mendapat dua per tiga majoriti, tanpa memberi duit rakyat sebagai umpan

Ini adalah testimoni kepada kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan yang berasaskan khidmat tulen, bukan politik wang.

Reasoning, Bukan Populariti

Cabaran terbesar dalam kepimpinan adalah membuat keputusan yang tidak popular tetapi perlu untuk negara. Tun Dr. Mahathir sering dilabel sebagai dictator kerana keputusan tegas yang dibuatnya. Bagaimana beliau menghadapi kritikan?

“Kesedaran terhadap masalah adalah langkah pertama.” 

Inilah kuncinya. Kenalpasti masalah sebenar, bukan beri reaksi kepada tekanan politik.

Contoh terbaik adalah pembinaan Putrajaya. 

Pada awalnya, ramai menentang keras. ‘Takkanlah boleh,’ kata mereka. ‘Buang duit rakyat,’ tuduh yang lain. Tetapi Tun Dr. Mahathir melihat masalah sebenar. Kuala Lumpur sudah sesak, pentadbiran bertaburan, kecekapan menurun. 

Solusinya? Satu bandar pentadbiran khusus.

“Dulu cerita pun orang tak percaya. Sekarang baru semua nampak.”

Sebagai pemimpin, beliau membuat keputusan berdasarkan reasoning kukuh, bukan populariti jangka pendek

“Setuju atau tak setuju bukan isu utama. Yang penting ada sebab yang kukuh, dan sebagai pemimpin, keputusan tetap perlu dibuat walaupun tak semua orang suka.”

Ekonomi Kreatif. Bila Tiada Duit, Ada Cara

Kemampuan beliau mencari penyelesaian kreatif kepada masalah kewangan sangat mengagumkan. Ambil contoh sistem tol di Malaysia.

Sebelum ini, semua lebuh raya dibina oleh kerajaan dan orang ramai menggunakannya percuma. Tetapi ini memberi bebanan besar kepada negara.

Tun Dr. Mahathir memperkenalkan konsep bayaran tol. Pada mulanya menghadapi tentangan hebat

“Tol penting supaya kos pelaburan dapat dikutip semula dan jalan dapat diselenggara.”

Lebih bijak lagi, beliau libatkan sektor swasta. 

“Bagi sektor swasta, setiap duit yang dibelanjakan mesti ada return.” 

Kerajaan beri pinjaman lembut, beli tanah, supaya kos pembinaan dapat diturunkan. Dengan kos rendah, kadar tol pun rendah, rakyat akan guna.

Yang paling bijak melalui cukai korporat, kerajaan mendapat semula wang daripada keuntungan syarikat tol

Belajar Dari Dunia. Tiru, Adapt, Berjaya

Adakah idea-idea transformasi ini datang daripada pemikiran sendiri? 

“Kita cuma ikut dan belajar, bukanlah hebat sangat.”

Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau telah melawat banyak negara. Beliau perhatikan ada negara maju, ada yang tak.

“Kemajuan negara bergantung kepada kecekapan rakyat dalam menjana kekayaan melalui dagangan.”

Apabila melihat Jepun dengan industri automotifnya, beliau terfikir. Tak boleh buat ke kita?

“Kita pun macam Jepun juga,” fikir beliau. 

Maka lahirlah slogan ‘Malaysia Boleh’. Manifestasi keyakinan bahawa kalau orang Jepun boleh, orang Malaysia pun boleh.

“Amerika dan Jepun pun bayar tol, jadi kita tiru sistem yang dah terbukti dan guna di Malaysia.”

Tak perlu cipta semula roda, cuma perlu bijak mengadaptasi apa yang berjaya kepada konteks tempatan.

Proton Merupakan Transformasi.

Kisah Proton adalah simbol paling kuat visi transformasi Tun Dr. Mahathir. Apabila memulakan projek kereta nasional, hanya 18% daripada kereta Proton dibuat di Malaysia

Yang 82%? Semuanya bergantung kepada Jepun.

Ramai meragui. Tetapi beliau tak berputus asa. 

“Kami merujuk kepada orang Jepun, mempelajari pengalaman mereka, dan melaksanakannya secara berperingkat.”

Semakin hari semakin bertambah keupayaan tempatan. Dari 18% naik kepada 90%. 

“Daripada lakaran hingga ujian, Proton dibangunkan sendiri dengan pembelajaran yang berterusan.”

Hari ini, Malaysia boleh mengeksport kereta sendiri. Ini bukan sekadar tentang industri automotif tapi tentang membina keupayaan negara, transfer teknologi, membangunkan modal insan Malaysia.

Business Creates Wealth

Prinsip ekonomi yang sering ditekankan beliau adalah konsep perniagaan sebagai pencipta kekayaan.

“Kalau duit dibelanja, ia habis. Kalau diniagakan, ia bertambah. Itulah fungsi bisnes.

Negara yang maju adalah negara yang kuat dalam bidang perniagaan. 

“Kemakmuran negara bergantung pada perniagaan dan perusahaan yang aktif.”

Inilah sebabnya beliau menekankan kepentingan membangunkan usahawan tempatan bukan sekadar untuk keuntungan individu, tetapi untuk membangunkan ekonomi negara secara keseluruhan.

Pelaburan Dalam Ilmu

Nasihat praktikal yang dikongsi beliau adalah tentang kepentingan pelaburan dalam pembelajaran. Ramai usahawan lebih suka belajar dari kesalahan sendiri, tak mahu berbelanja untuk ilmu.

Tetapi Tun Dr. Mahathir menunjukkan bahawa pembelajaran berkualiti memerlukan pelaburan.

“Maklumat diperoleh daripada pelbagai sumber, termasuk pembacaan, perbincangan dan perbahasan.”

Beliau sentiasa mendedahkan diri kepada pelbagai idea. Membaca, jumpa orang, membahas. 

“Otak perlu sentiasa digunakan untuk berfikir dan membuat keputusan. Kalau tak, ia akan merosot.”

Legasi Yang Tidak Pernah Padam

Di usia hampir 100 tahun, Tun Dr. Mahathir masih aktif, masih berfikir tentang negara, masih prihatin tentang masa depan rakyat Malaysia.

Kenapa beliau masih bekerja?

“Saya ni pandang berat tentang negara, tentang orang Melayu khususnya, jadi saya kena kerja.”

Ini adalah dedikasi jarang ditemui. Seorang pemimpin yang tak pernah berhenti memikirkan rakyatnya, walaupun sudah lama tak memegang jawatan.

Perjalanan politik Tun Dr. Mahathir adalah kisah tentang visi jelas, keazaman tak tergoyah, dan khidmat tak berbelah bagi.

Beliau adalah pemimpin yang menaikkan standard negara sehingga Malaysia disegani di peringkat antarabangsa.

Di bawah kepimpinan beliau selama 22 tahun, Malaysia menjadi negara yang dunia terpaksa ambil perhatian.

Kepimpinan sejati bukan tentang kuasa untuk diri sendiri, tetapi tentang tanggungjawab terhadap rakyat.

Kepimpinan sejati adalah membuat keputusan yang betul walaupun sukar, berfokus pada visi jangka panjang, dan membina negara bukan diri sendiri.

Malaysia hari ini adalah hasil visi dan kerja keras pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir. Dan warisan beliau akan terus memberi inspirasi kepada generasi pemimpin yang akan datang.

Nak tahu perkongsian penuh Tun (Dr.) Mahathir? Tonton sekarang di YouTube BuatSaja Podcast!

Kenal founder atau influencer hebat? Calonkan mereka jadi guest podcast dengan mudah melalui form pencalonan kami!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !