“Pernah bina rumah siap… tapi kena saman sebab dikatakan tak siap. Masa tu saya betul-betul rasa down. Tapi saya pilih untuk terus bangkit.”
Ini merupakan kisah salah seorang usahawan FunnelEvo, Muhammad Sulhi Shuib, pengasas Fasbina Construction Sdn. Bhd. Beliau bukanlah datang dari latar belakang korporat atau syarikat besar. Sebelum terlibat dalam dunia kontraktor, beliau hanya menjalankan kerja-kerja sub elektrikal dan plumbing kerja yang memerlukan tenaga fizikal, kepakaran teknikal, dan banyak bersabar dengan keletihan harian.
Pada usia 23 tahun, beliau membuat keputusan besar, mula berniaga. Sebabnya mudah tapi sangat dekat dengan ramai orang: nak masa kerja yang fleksibel dan nak sara hidup lebih baik. Beliau pernah makan gaji, tapi gaji tak cukup tampung kos hidup dan komitmen keluarga. Waktu itu, beliau mula meniaga ayam golek di jalanan. Bukan glamour, tapi cukup untuk belajar asas berniaga, layan pelanggan, urus duit, dan belajar tanggung risiko.
Antara cabaran paling besar dalam hidupnya ialah menjaga isteri yang baru berhenti kerja kerana kemalangan, dalam keadaan beliau sendiri tiada sumber pendapatan tetap. Tapi di situlah titik tolaknya. Beliau tidak mengeluh, sebaliknya jadikan ujian itu sebagai sebab untuk bangkit.
Dengan semangat untuk ubah nasib, beliau mula menjenamakan Fasbina Construction sebagai syarikat kontraktor bina rumah atas tanah sendiri. Bermula dari media sosial Facebook, beliau bangunkan bisnes ini sedikit demi sedikit. Tapi bukan semua manis. Pernah satu ketika, rumah siap dibina sepenuhnya, tapi klien tak buat bayaran. Lebih pedih, ada juga rumah yang siap, tapi masih disaman kerana dituduh tak siap. Semuanya menjadi pengalaman pahit manis yang mematangkan perjalanan bisnesnya.
TRANSFORMASI FASBINA SELEPAS DITERIMA SERTAI KONSULTASI PRESIDENT
Pada tahun 2023, Fasbina mencatatkan jualan sebanyak RM5.38 juta, dan pada tahun 2024 pula RM5.57 juta angka yang konsisten tapi masih belum melonjak. Namun selepas menyertai program bimbingan PAKEJ PRESIDENT, berlaku perubahan ketara:
- Jualan 2025 (Jan – Julai) sahaja sudah mencecah RM5.04 juta, angka yang hampir menyamai jualan setahun penuh sebelumnya!
- Struktur syarikat dan pengurusan staff kini lebih tersusun . tidak lagi haru biru macam dulu.
- Lebih berani naikkan branding , kini dalam proses naikkan 4 unit billboard di lokasi strategik.
- Yang paling ketara, Tuan Sulhi kini lebih ke hadapan sebagai ‘Face of Fasbina’, berani tampil dan tonjolkan jenama.
- Berjaya menyusun atur pasukan dan ada masa lebih untuk fikirkan strategi kembangkan syarikat.
Beliau akui, antara cabaran besar dalam transformasi ini ialah ubah cara kerja staf yang terlalu selesa dengan sistem lama. Tapi dengan disiplin, ilmu dan semangat, beliau mula nampak hasilnya sedikit demi sedikit.
PESANAN BUAT USAHAWAN DI LUAR SANA
Zaman dah berubah. Kalau masih ikut cara lama, kita akan tertinggal. Digital adalah masa depan dan kita kena ada ilmu itu untuk kekal relevan dan kuasai pasaran.
Itulah nasihat Tuan Sulhi kepada para usahawan. Beliau percaya, berniaga hari ini bukan sekadar tentang produk atau servis, tetapi juga tentang bagaimana kita membina jenama dan menembusi pasaran menggunakan digital.
Fasbina bukan lagi hanya sebuah syarikat kontraktor. Ia kini membawa aspirasi , menjadi simbol kejayaan usahawan bumiputera yang bermula dari bawah, dengan nilai integriti, ilmu dan kerja keras.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!