Permulaan Perjalanan Perniagaan.
Roshila Mohd Saufi, lebih dikenali sebagai Cikgu Shiela, memulakan kerjayanya sebagai seorang guru sekolah rendah di SK Pusat Bandar Puchong 1. Seawal usia 21 tahun, beliau sudah mula berniaga kerana minat, keperluan kewangan, dan keinginan untuk kebebasan masa.
Pada awalnya, beliau mencuba pelbagai perniagaan kecil-kecilan termasuk menjual pampers, alat tulis, dan mengadakan kelas tuisyen di rumah. Namun, kehidupan sebagai usahawan bukanlah mudah. Saat paling mencabar dalam hidupnya berlaku apabila beliau menghadapi kesukaran kewangan, anak-anak sakit, dan terpaksa menunggu lama di hospital kerajaan tanpa bilik kosong untuk warded. Situasi ini menjadi titik perubahan yang membuatkan beliau nekad untuk berhenti kerja dan fokus sepenuhnya kepada perniagaan tuisyen.
Pada peringkat awal, beliau mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar sekolah Tamil secara kecil-kecilan. Kali pertama beliau mengadakan kelas sifir, sebanyak 20 pelajar hadir – satu pengalaman yang memberi keyakinan untuk terus berkembang dalam bidang pendidikan.
Keputusan Menyertai FunnelEvo.
Walaupun telah mengambil langkah untuk fokus dalam bidang tuisyen, beliau masih menghadapi cabaran besar dalam membangunkan perniagaannya. Antara halangan utama ialah ketakutan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi bagi kelas yang dianjurkan.
Selepas menyertai program Mastermind FunnelEvo, beliau mula memahami strategi pemasaran yang lebih berkesan dan meningkatkan keyakinan dalam menguruskan perniagaannya.
Perubahan Selepas Menyertai FunnelEvo
- Sebelum ini, beliau hanya mengenakan yuran RM130 untuk kelas sehari. Selepas mendapat bimbingan, beliau meningkatkan yuran kepada RM260 untuk kelas dua hari, dan tetap mendapat penyertaan penuh.
- Permintaan ibu bapa semakin meningkat sehingga beliau menambah kelas tambahan selama empat jam dengan yuran RM40 seorang, dan seramai 40 pelajar mendaftar.
- Dalam masa seminggu, jumlah pendaftaran termasuk kelas online hampir 200 murid, dengan kutipan bayaran sebanyak RM22,000
Pada 1 Januari 2025, beliau mengadakan Grand Opening ‘Kick Start’ dan berjaya menjalankan kempen pemasaran secara besar-besaran.
- Menggunakan strategi kuasa database, lebih 2,000 orang menerima kempen promosi.
- Lebih 300 orang menyertai kumpulan khas untuk program ini.
- 203 peserta hadir dalam webinar yang dianjurkan.
- Hasil daripada strategi ini, sehingga 4 Januari, beliau berjaya menarik 150 murid untuk pakej bulanan dan 35 murid untuk pakej premium, dengan jumlah jualan menghampiri RM50,000.
Pentingnya Ilmu Digital dalam Perniagaan.
Menurut Cikgu Shiela, bisnes tanpa ilmu umpama kapal tanpa arah tujuan. Untuk mencapai kejayaan, setiap usahawan perlu mempunyai bimbingan yang betul, strategi pemasaran yang jelas, dan keberanian untuk keluar dari zon selesa.
Peningkatan yang dicapai dalam tempoh singkat ini membuktikan bahawa dengan strategi yang tepat, usahawan dalam bidang pendidikan mampu membina perniagaan yang kukuh dan berkembang dengan lebih sistematik.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!