Saya masih ingat kali pertama Puan Aishah, founder KTM Pizza, sertai FunnelEvo.
Bermula dari kelas Amazing Founder pada Februari 2024, kemudian beliau terus melangkah ke program Mastermind untuk bimbingan lebih mendalam.
Waktu itu, beliau tertekan dan tenggelam dalam operasi urus kedai, staf, pelanggan, semuanya di atas bahunya.
Setiap hari penuh tekanan, sampai satu tahap, semangat berniaga pun mula pudar.
Namun, selepas beliau izinkan dirinya dibimbing, segalanya berubah.
Beliau mula bina sistem, urus pasukan, dan keluar dari dapur untuk jadi majikan sebenar.
Tidak berhenti di situ, pada April 2025, beliau tekad memohon ke sesi PRESIDENT untuk mendapatkan personal coaching bersama Board of Advisors FunnelEvo.
Selesai sesi coaching tadi, beliau kongsikan pencapaian luar biasa:
1. Dapat bercuti ke Pakistan tanpa risau, operasi kedai tetap berjalan seperti biasa.
2. Jualan KTM Pizza kini cecah 7 angka buat kali pertama.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tahniah Puan Aishah, Tuan Rizwan (suami) dan seluruh wargakerja KTM Pizza.
Inilah hasil bila seorang founder berani ubah cara fikir,
daripada “buat semua sendiri” kepada “urus bisnes dengan strategi dan izinkan diri untuk dibimbing.”
Bisnes bukan hanya tentang jualan semata-mata.
Ia tentang ilmu dan kefahaman mengurus bisnes dengan betul:
bagaimana buat persediaan, urus pasukan, kawal emosi, dan buat keputusan yang tepat di saat sukar.
Inilah perkara yang membezakan bisnes yang hidup, dan bisnes yang sekadar bertahan.
Pesanan saya kepada semua founder bisnes F&B:
Kalau hari ini anda rasa letih, stress, dan tenggelam dalam operasi,
Ini masa untuk bangkit dan ubah cara urus bisnes anda.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!