Dari Warung Kecil ke Restoran Berjaya!

Kisah Inspirasi Puan Farawahida, Pengasas Arjuna Sup Tulang & Jebat Ikan Bakar di Sungai Petani, Kedah. Dalam dunia perniagaan, setiap usahawan ada kisah perjuangan dan jatuh bangun mereka. Dari seorang pekerja bank, beliau kini berjaya membawa dua restorannya menjana jualan lebih RM1.5 juta pada 2024!

Puan Farawahida memulakan kerjaya sebagai pekerja sektor swasta di RHB Bank dari tahun 2012 hingga penghujung 2014. Namun, hidupnya berubah sepenuhnya apabila dikurniakan seorang anak istimewa yang menghidap mild autism.

Pada umur 23 tahun, beliau mula dengan sebuah warung kecil menjual Nasi Ayam, Bihun, dan Laksa. Siapa sangka, warung kecil ini akhirnya menjadi batu loncatan kepada kejayaan yang lebih besar.

Alhamdulillah selepas menyertai Mastermind di FunnelEvo banyak perubahan berlaku pada bisnes beliau.

1. Jualan restorannya melonjak daripada RM1.2 juta pada 2023 kepada RM1.5 juta pada 2024.

2. Beliau belajar betapa pentingnya buat posting di media sosial. Apabila mula aktif di Facebook dan TikTok, beliau terkejut sebab ramai pelanggan dari luar kawasan mula datang ke restoran. Ini memang bantu sales naik!

3. Beliau berani membuat keputusan besar dengan membuka satu lagi lot kedai untuk menampung lebih ramai pelanggan.

Daripada seorang pekerja bank, kemudian bergelut menguruskan anak istimewa, Puan Farawahida kini adalah simbol kekuatan seorang ibu dan usahawan. Kisahnya membuktikan bahawa dengan keberanian, keazaman, dan ilmu, apa sahaja boleh dicapai.

Jadi, kepada usahawan di luar sana: jangan takut untuk bermula kecil, sebab yang kecil itulah boleh menjadi langkah pertama ke arah impian besar anda!

Psst… Kalau ke Sungai Petani, jangan lupa singgah di Arjuna Sup Tulang dan Jebat Ikan Bakar. Dijamin puas hati!

Rebut peluang hadir ke Amazing Founder:Grow Bisnes Lebih Laju! Kami kongsikan teknik untuk tarik perhatian, bina hubungan pelanggan yang kukuh, dan kekalkan permintaan sepanjang musim perayaan.

Daftar ke Amazing Founder sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !