Dari Tekanan Team ke Rezeki Baru , Ini Kisah Saya, Shadatulnadia dari Kertas Putih Printing

Sebelum saya sertai Program MM (MASTERMIND) saya akui pengurusan bisnes saya agak tidak tersusun. Saya buat semuanya sendiri dan terlalu banyak bergantung pada staf sedia ada sampai satu tahap, saya rasa hilang semangat bila ada staf yang tidak sehaluan dengan nilai dan budaya kerja yang saya mahu bina.

Namun, keputusan untuk belajar dan memperbaiki sistem melalui MM (MASTERMIND) FunnelEvo ubah banyak perkara dalam bisnes saya.

Saya mula ubah struktur kerja dengan lebih teratur. Dalam masa yang sama, saya kehilangan staf lama yang bersikap toksik , tapi seolah-olah Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Tanpa buka sebarang iklan jawatan kosong, dua orang staf baru hadir sendiri mencari peluang kerja di Kertas Putih Printing. Kedua-duanya lebih bersemangat, rajin dan cepat tangkap.

Salah seorang staf lama saya yang berpengalaman pula, hampir berhenti pada waktu tu. Tapi sebelum dia buat keputusan untuk keluar, saya ambil langkah berani saya tawarkan kenaikan jawatan sebagai manager.

Keputusan itu sangat berbaloi. Dia bukan saja kekal bersama saya, malah bantu saya bina satu sistem kerja dalaman yang menjadikan operasi harian lebih lancar dan teratur.

Sekarang, order pelanggan semakin bertambah. Ramai pelanggan mula upsell dari satu servis ke beberapa servis lain.

Walaupun peningkatan jualan tidak terlalu besar, ia konsisten dan bagi saya, konsistensi itulah tanda kemajuan sebenar.

Saya juga mula berani ke depan. Sekarang saya buat live setiap hari, dan hasilnya sudah mula nampak. Sudah ada leads masuk dari sesi Live, dan follower TikTok meningkat daripada 8,000 kepada lebih 9,000.

Perlahan-lahan, saya nampak arah sebenar bisnes ini. Dulu saya urus dengan tenaga semata-mata. Sekarang saya urus dengan sistem, strategi dan semangat baru.

Saya belajar bahawa dalam bisnes, kehilangan kadang-kadang bukan musibah tapi ruang untuk Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Selepas sertai MM (MASTERMIND) FunnelEvo, saya bukan saja belajar tentang strategi dan sistem, tapi juga tentang cara menjadi pemimpin yang lebih tenang dan tersusun.

Perjalanan saya masih panjang, tapi kali ini saya yakin saya sedang melangkah dengan arah yang betul.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !