Dalam dunia bisnes yang penuh cabaran, ada satu kisah yang memberi harapan kepada ramai wanita dan ibu di luar sana. Ia bukan sekadar tentang menjual emas, tetapi tentang kecekalan seorang wanita bangkit membina empayar sendiri, meskipun diuji dengan ujian hidup yang sangat berat.
Kisah ini tentang salah seorang anak didik FunnelEvo iaitu Puan Siti Safura, pengasas Kedai Emas Cik Siti yang terletak di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu, Kelantan, yang kini mencatat jualan tahunan mencecah lebih RM4.18 juta. Satu pencapaian luar biasa bagi seseorang yang bermula dari rumah sebagai seorang surirumah.
Puan Siti Safura memulakan langkah dalam dunia bisnes sekitar tahun 2016. Pada ketika itu, beliau hanyalah seorang surirumah yang berniaga secara kecil-kecilan di Facebook. Produk pertamanya? Emas perhiasan.
Segalanya bermula secara suka-suka. Namun, dek kerana keluarganya juga mempunyai latar belakang dalam perniagaan emas, beliau akhirnya memilih untuk mendalami bidang ini dengan lebih serius. Tanpa disangka, dari suka-suka inilah lahirnya satu perjalanan bisnes yang besar.
Tahun 2023 menjadi titik paling mencabar dalam hidup beliau apabila suaminya diserang strok. Dalam keadaan yang sangat sukar, beliau terpaksa mengambil alih semua tanggungjawab menjaga suami, membesarkan anak-anak, dan dalam masa yang sama meneruskan perniagaan.
Situasi ini menjadikan Puan Siti Safura seorang yang lebih kuat dan matang dalam membuat keputusan. Malah, pada tahun yang sama, beliau mengambil satu risiko besar mengambil alih sebuah kedai emas dengan kos sebanyak RM100,000.
“Saya tawakal saja masa tu,” katanya, menggambarkan betapa besar taruhan yang dibuat demi masa depan keluarganya.
Melihat cabaran yang semakin besar, Puan Siti Safura membuat satu keputusan penting dalam hidupnya. Beliau menyertai program FunnelEvo di bawah bimbingan President.
Dengan bimbingan dan strategi yang betul, beliau mula melihat perubahan ketara dalam perniagaannya.
Sebelum Sertai FunnelEvo :
- Bisnes bergerak tanpa sistem.
- Tidak jelas hala tuju bisnes.
- Strategi marketing tidak konsisten.
- Stuck dalam operasi bisnes, semua dilakukan sendiri, menyebabkan keletihan dan stres.
Alhamdulillah Selepas menyertai FunnelEvo:
- Struktur bisnes lebih tersusun.
- Jelas misi dan hala tuju jangka panjang.
- Strategi digital marketing lebih berkesan.
- Jualan meningkat dari RM2.15 juta (2023) ke RM4.18 juta (2024).
- Jualan sempena Ramadan 2025 meningkat hampir 2 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Bagi Puan Siti Safura, kejayaan bisnes pada hari ini tidak akan berlaku jika beliau tidak membuka hati untuk belajar dan berubah.
“Ilmu digital sangat penting dalam bisnes sekarang. Dunia bisnes makin laju berubah. Kalau kita tak belajar, tak ikut trend bisnes akan cepat tenggelam.”
Kisah Puan Siti Safura bukan sekadar tentang emas tetapi tentang semangat, keberanian dan kebangkitan seorang wanita yang tidak pernah menyerah, walaupun diuji dalam hidup dan perniagaan.
Hari ini, Kedai Emas Cik Siti bukan sahaja terus berkembang, tetapi juga menjadi simbol inspirasi kepada ramai wanita yang ingin membina kejayaan sendiri dari bawah.
Dan siapa tahu, mungkin anda adalah kisah kejayaan seterusnya?
Ingin belajar strategi yang bantu Puan Siti Safura gandakan jualan? Sertai FunnelEvo dan mula bina bisnes anda hari ini!
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!