Dari Staf 8 Tahun Ke Rakan Kongsi, Hampir Putus Asa, Kini Pecah Rekod Jualan Hasil Berguru!

Ramai orang nampak kecantikan luaran klinik estetik saya, tapi tak ramai yang tahu betapa peritnya perjalanan saya di belakang tabir. Nama saya Dr. Syairah Nadia, atau lebih dikenali sebagai Dr. Syai, pengasas bersama Radiant Clinique Sdn Bhd yang terletak di Bukit Jelutong dan Seksyen 9 Shah Alam.

Sebenarnya, saya mulanya bukan usahawan. Saya dulu pegawai perubatan di sektor kerajaan. Tapi hati saya mula tertarik dengan bidang estetik. Saya tahu, kalau nak serius dalam bidang ini, saya kena berhijrah ke sektor swasta.

Itulah titik mula saya sertai Radiant Clinique , bermula sebagai Resident Staff pada zaman Covid. Masa tu, Radiant bukanlah klinik kritikal. Pandemik datang, kami terpaksa tutup. Tiada rawatan, tiada pelanggan, malah gaji saya pun dipotong separuh.

Satu hari, pengasas klinik, Dr. Rasool, nampak potensi saya. Beliau tawarkan peluang untuk saya jadi rakan kongsi.

Selepas pandemik, klinik dibuka semula. Tapi jualan paling tinggi pun cuma RM150,000 sebulan, itupun sekali-sekala saja. Masuk tahun 2024, sales mula jatuh teruk.

Saya cuba macam-macam cara… tapi tetap tak naik.

Masa tu saya terfikir,

“Mungkin selama ni saya rasa saya betul… tapi sebenarnya ada banyak benda yang saya tak tahu.”

Saya tak pernah berguru dengan mana-mana mentor bisnes sebelum ini. FunnelEvo adalah yang pertama.

Saya ambil keputusan untuk join FunnelEvo sebab saya tahu, kalau saya biarkan, bisnes akan terus stuck. Saya nampak klinik ada potensi, tapi tanpa strategi yang betul, kami akan terus di takuk yang sama.

Bila saya join FunnelEvo dan konsisten hadir kelas bisnes, inilah yang berlaku…

Perubahan Selepas Saya Join FunnelEvo

Saya mula nampak punca kenapa bisnes saya tak pernah naik – struktur lemah, tiada strategi jangka panjang.

Saya ubah cara fikir dan cara urus bisnes – daripada ikut rasa kepada ikut sistem.

Sales mula naik semula selepas beberapa bulan konsisten buat tindakan.

Dari rasa putus asa, kini saya kembali semangat dalam “full gear mode” – bukan lagi cuba-cuba, tapi dengan roadmap jelas untuk grow.

Hari ini, saya nak kongsi satu hakikat , bisnes yang nampak cantik di luar, belum tentu sihat di dalam.
Kadangkala kita tak perlukan produk baru atau tukar lokasi…
Kita cuma perlukan ilmu dan mentor yang betul.

Dan alhamdulillah, sekarang klinik saya dah capai RM400,000 sebulan.

Kalau anda pun rasa bisnes anda dah terlalu lama stuck macam saya dulu, mungkin inilah masa untuk anda cari mentor dan ubah nasib bisnes anda.

Terima kasih FunnelEvo!

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Similar Posts