Dari Pekerja Swasta, Ke Pemilik Tadika Yang Berjaya Hasilkan RM1.5 Juta Setahun!

Ramai orang bermula dengan strategi. Tapi kisah ini… bermula dengan sebuah doa di hadapan Multazam.

“Saya terdengar isteri saya berdoa sungguh-sungguh nak buka tadika. Saya aminkan saja. Tak sangka, lima tahun kemudian Allah buka jalan.”

Begitulah bermulanya perjalanan bisnes Tuan Haji Mohd Nasruddin dan isteri, yang kini menguruskan beberapa Tadika, Playschool, Taska & Pusat Jagaan Kanak-Kanak dan berjaya capai jualan RM1.5 juta setahun.

Sebelum terjun ke dunia pendidikan, beliau dan isteri adalah pekerja swasta dalam bidang construction dan maintenance selama lebih 20 tahun. Bisnes hanya datang pada usia 36 tahun, saat ramai sudah selesa dengan gaji tetap.

Pada tahun 2016, impian yang bermula dengan doa menjadi kenyataan. Mereka mulakan dengan mengambil lesen franchise jenama lain, bermodalkan semangat dan ilmu dari isteri yang berlatarbelakangkan Degree Pendidikan Awal Kanak-Kanak (kepujian), kini sedang melanjutkan ke peringkat PhD di UTM.

Tapi segalanya tak semudah yang disangka…

Kata-kata sinis jadi makanan harian. Waktu PKP pula, pusat hampir lumpuh — overhead tinggi, staf ramai, tiada pendapatan. Tapi mereka tetap bertahan. Kelas online dilaksanakan. Staf dikekalkan.

“Kami perlukan sokongan, sistem, dan komuniti. Dalam FunnelEvo, yang paling kuat — adalah semangat ‘BUAT’.”

Ayat Tuan Fahdi paling memberi kesan kepada beliay:

“Kalau nak buat, buat betul-betul. Kalau tak nak buat, tak payah buat.”

Perubahan Selepas Sertai FunnelEvo (Mastermind)

  1. Sales meningkat – forecast RM1.7 juta untuk 2025
  2. Lebih konsisten dapat intake baru setiap bulan
  3. Dapat sistem, idea & strategi yang lebih praktikal
  4. Peningkatan kepercayaan pelanggan melalui video aktiviti harian anak-anak
  5. Kembali connect semula sel-sel bisnes yang dah lama mati.

“Ilmu digital ni berubah sangat laju. Tapi di FunnelEvo, mereka bantu adaptasi dengan cara paling kontemporari – ikut niche, ikut cabaran bisnes kita sendiri. Dari kecil ke besar.”

Semuanya bermula dengan sebuah niat, sebuah doa, dan keberanian untuk bertindak.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !