Saya Wan Baihaqi Wan Ab Rahman.
Seorang usahawan dalam bisnes pembekal barangan bahan binaan rumah.
Kalau ikutkan perjalanan saya… saya bukan terus jadi founder. Saya bermula sebagai seorang jurutera di syarikat swasta di Kuala Lumpur. Hidup stabil. Gaji tetap. Laluan jelas.
Tapi dalam hati… saya tahu. Saya memang ada jiwa berniaga. Lepas habis belajar, saya mula cuba macam-macam. Bisnes kereta sewa…
Jual ayam goreng Uncle Bob. Berniaga depan sekolah rendah di Bangi.
Saya jenis bukan tunggu sempurna baru mula. Saya buat dulu… belajar sambil jalan. Sebab tu bila saya masuk bisnes hardware, saya masuk dalam keadaan… tak tahu apa-apa. Barang pun tak kenal.
Saya belajar cara paling mahal kena marah dulu baru faham. Pernah satu masa, saya hantar besi guna lori. Sampai satu tahap lantai lori pecah, pagar pun patah. Itulah realiti bisnes. Bukan semua nampak cantik macam orang cerita.
Kalau orang tanya, “Kenapa susah-susah buat semua ni?” Jawapan saya simple, sebab saya tahu saya nak ubah hidup. Dan turning point saya datang bila saya buat satu keputusan besar.
Saya menyertai President FunnelEvo dalam keadaan duit cash saya masa tu hanya ada RM45,000 sahaja. Ramai orang mungkin akan kata itu risiko.
Tapi bagi saya, itu pelaburan. Selepas join FunnelEvo satu benda paling ketara adalah perubahan dari segi sistem dan cara fikir.
Pengurusan jadi lebih kemas. Sales jadi lebih konsisten. Dan paling penting saya berjaya keluar dari operasi harian. Dulu saya buat semua benda. Sekarang saya mula bina sistem.
Saya juga mula nampak betapa pentingnya ilmu digital. Sebelum ni, bisnes saya bergantung pada kedai fizikal. Customer datang baru ada jualan.
Tapi sekarang, saya faham pertama, reach jadi lebih luas. Pasaran bukan setakat kawasan kedai saja.
Kedua, branding dan trust. Zaman sekarang ramai scammer. Customer akan check kita dulu sebelum beli. Ketiga, marketing jadi lebih tepat. Bila ada data, kita tahu siapa target kita. Kita tak lagi buang duit pada market yang salah.
Hari ini bila saya tengok balik perjalanan saya, dari jurutera… ke penjual ayam goreng ke bisnes hardware yang buat jualan 7 angka.
Saya sedar satu benda. Bisnes bukan tentang siapa paling pandai.Tapi siapa yang sanggup belajar, jatuh, dan bangkit semula. Dan kalau ada satu perkara yang saya pegang sampai hari ini.
Jangan tunggu perfect. Mulakan dulu. Sebab perjalanan sebenar akan ajar kita jadi siapa yang kita patut jadi.
#PRESIDENT #RYBS2026 #FunnelEvoAPEXConsulting
Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
