Dari Gagap ke 600,000 Followers, Perjalanan Menginspirasikan Abang Naz

Siapa sangka seorang budak sekolah yang gagap teruk hingga dicaci dan diejek oleh rakan sebaya, kini menjadi salah seorang influencer perniagaan paling disegani di TikTok dengan 600,000 pengikut?

Ini bukan sekadar kisah kejayaan biasa. Ini adalah kisah tentang ketabahan, keazaman, dan bagaimana seseorang mengubah kelemahan menjadi kekuatan.

Budak MRSM Yang Suka Bercakap Tapi Gagap

Khairul Nazli, atau lebih dikenali sebagai Abang Naz, bukanlah dilahirkan dengan bakat bercakap secara semula jadi. Malah, beliau menghadapi cabaran besar sepanjang zaman persekolahan. Masalah gagap yang teruk.

“Saya suka ke depan. Saya suka orang tengok saya.”

Namun di sebalik keinginan untuk tampil ke hadapan, beliau terpaksa bergelut dengan masalah pertuturan yang ketara.

Salah satu detik paling memilukan dalam perjalanan Abang Naz berlaku semasa beliau cuba bertanding sebagai Presiden Badan Wakil Pelajar (BWP). Dalam satu majlis manifesto, seorang pelajar perempuan senior bertanya dengan nada mengejek di hadapan ramai pelajar.

“Macam mana awak nak bertanding sebagai presiden, kalau awak cakap pun tak betul?”

Pertanyaan itu bagai menikam jantung. Abang Naz mengingati moment itu dengan jelas. Tangan bergetar, suara tergagap-gagap, seluruh badan seperti tak dikawal

Sepanjang dua hari selepas kejadian itu, beliau hampir tak bercakap langsung. Rasa sedih dan malu bercampur baur.

“Masa tu down tau, tapi sekarang dah 600,000 follower. Yang perempuan tadi tu dah berapa ribu follower dia?”

Jawapan ini bukan tentang membalas dendam. Ia tentang membuktikan bahawa kegagalan hari ini bukan penentu kejayaan esok.

Mencari Jalan Sendiri, Langgar Je!

Berbeza dengan kebanyakan entrepreneur muda yang belajar daripada mentor atau mengikuti jejak orang lain, Abang Naz mengambil laluan yang berisiko. Langgar sahaja tanpa reference.

“Cara saya ni kadang-kadang merbahaya untuk setengah orang. Sebab ni orang main langgar tu. Sebab setengah orang buat business lagi bagus belajar dengan orang tu,” akui beliau dengan terus terang.

Ketuk Pintu Sekolah dengan RM20 Sejam

Permulaan kerjaya sebagai motivational speaker bukanlah mudah. Berbekalkan RM20 untuk program sehari penuh dari pagi hingga petang. Selepas ditolak kos perjalanan dan bayaran untuk team, hampir tiada yang tinggal.

Walaupun modal hanya RM20, sokongan ibu beliau tak berbelah bagi. Fee kecil, tapi ibu beliau tetap sanggup drive hantar pergi program sebab tahu Abang Naz akan penat selepas mengajar.

“Dia sangat supportive kat bahagian ni. Support sampai level dia sanggup drive saya. Sebab dia tahu saya akan penat bila mengajar,” kenang Abang Naz dengan penuh kesyukuran.

2017 The Peak Year, Program Non-Stop

Tahun 2017 menjadi tahun kemuncak untuk Abang Naz dalam industri perunding motivasi. Beliau boleh lakukan program pagi, petang, malam secara non-stop sepanjang minggu.

Stamina luar biasa, semangat membara, dan keinginan untuk membantu orang lain mendorong beliau terus maju.

“Saya boleh buat program pagi sampai malam seminggu non-stop. Saya drive, fesi duduk belakang,” jelas beliau tentang dedikasi masa itu.

Tidak Ada Idola, Just Follow The Flow

Abang Naz tak ada idola dalam perniagaan ketika mula. Tak ada role model yang diikuti. Tak ada formula orang lain yang cuba ditiru.

“Saya memang minat. Minat tanpa ada reference,” kata beliau dengan penuh keyakinan.

Inspirasi perniagaan sebenarnya datang dari tempat yang tak disangka. Bapa beliau yang membuat kerja wiring secara part-time.

Walaupun skala kecil, melihat bapa beliau boleh menjana pendapatan sampingan membuka mata Abang Naz bahawa perniagaan itu boleh dilakukan.

“Memang saya follow bapak saya buat wiring pasang lampu-lampu tu. Saya nampak memang boleh buat duit,” kenang beliau.

Cuma ketika itu, beliau belum faham konsep pertumbuhan melalui team dan marketing. Bapa beliau hanya beroperasi di kawasan Pulau Pinang sahaja, terhad kerana tak ada pasukan. Pengalaman ini kemudiannya menjadi pelajaran penting untuk Seed4Future.

Pertemuan Game-Changing dengan Irfan Khairi

Nama Abang Naz mula dikenali lebih ramai apabila beliau mula collaborate dengan Irfan Khairi (IK) di TikTok. Pairing mereka menjadi formula yang menarik. IK yang cheeky dan suka buat konten jenaka tentang Abang Naz, manakala Abang Naz pula dengan approach yang lebih serius dalam mengajar perniagaan.

Chemistry ini membuahkan hasil. Pengikut Abang Naz meningkat dengan pesat, dan namanya mula dikaitkan sebagai salah seorang guru perniagaan paling relatable di Malaysia.

Kepuasan Membantu Orang

Apakah yang sebenarnya membakar semangat Abang Naz untuk terus mendidik entrepreneur muda? Jawapannya mudah tapi powerful..

“Saya mula rasa kepuasan masa Form 4 bila tolong orang. Bila orang tu gembira dengan hasil kerja dia, saya pun rasa seronok.”

Inilah core yang membentuk Seed4Future. Bukan sekadar tentang mengajar orang berniaga. Ia tentang melihat perubahan dalam hidup orang lain, melihat mereka berjaya, dan merasai kepuasan apabila dapat menjadi sebahagian daripada kejayaan mereka.

Dari Kelemahan Kepada Kekuatan

Perjalanan Abang Naz mengajar kita beberapa pelajaran penting.

  1. Kelemahan bukan penghalang kejayaan – Gagap tak menghalang beliau daripada menjadi speaker dan influencer
  2. Sokongan keluarga adalah aset paling berharga – Ibu yang memahami dan menyokong passion anaknya
  3. Berani ambil risiko tanpa blueprint – Tak semua kejayaan perlu ikut formula orang lain
  4. Kegagalan awal adalah batu loncatan – Fee RM20 menjadi permulaan kepada empayar pendidikan perniagaan
  5. Kepuasan sebenar datang daripada membantu orang lain – Bukan semata-mata tentang financial success

Hari ini, dengan 600,000 followers di TikTok dan beratus ribu entrepreneur yang terinspirasikan, Abang Naz membuktikan bahawa dengan keazaman, ketabahan, dan passion yang tulen, apa-apa sahaja boleh dicapai.

Nak tahu rahsia & tips Abang Naz? Tonton sekarang di YouTube BuatSaja Podcast!

Kenal founder atau influencer hebat? Calonkan mereka jadi guest podcast dengan mudah melalui form pencalonan kami!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !