Dari Ejen Komisen Tanpa Gaji Tetap ke Usahawan Berjaya dengan Jualan RM100,000 Sebulan!

Tuan Shahril Hafidzal memulakan kerjayanya sebagai ejen pelancongan, bekerja dengan beberapa syarikat selama tujuh tahun. Namun, kehidupannya penuh dengan cabaran. Tanpa gaji asas, hanya bergantung pada komisen, beliau terpaksa berjuang mencari pelanggan sendiri. Rasa kekurangan ilmu dan kelayakan akademik sering membuatkan beliau rasa sukar untuk melangkah jauh.

Pada tahun 2007, Tuan Shahril memutuskan untuk memulakan perniagaan sendiri. Langkah pertamanya adalah dengan mengusahakan perniagaan kawalan parkir di Negeri Perlis. Beliau menyewa tapak dan menguruskan parkir secara manual. Walaubagaimanapun, perjalanan tidak semudah yang disangka. Beliau menghadapi cabaran seperti pesaing yang ramai, kekurangan ilmu pengurusan dan percukaian, serta kekangan lesen daripada pihak MOTAC.

Alhamdulillah selepas menyertai program Mastermind di FunnelEvo, beliau mula mempelajari ilmu pengurusan, pemasaran, dan kepimpinan yang lebih teratur. Beliau mengasingkan pasukan jualan dan pemasaran, melantik seorang pengurus, dan mula menggunakan platform digital dengan lebih efektif.

  1. Sales meningkat, alhamdulillah tahun 2024 2 kali beliau berjaya hit sales RM100,000 sebulan.
  2. Budget Marketing lebih rendah dengan impak yang lebih besar. Bajet iklan harian hanya RM180 untuk dua akaun TikTok yang berbeza.
  3. Malah, beliau menggunakan influencer dan live hosting sebagai strategi pemasaran yang berjaya meningkatkan kepercayaan pelanggan.

Hari ini, Langkawi Packages Holidays Sdn Bhd berdiri teguh dengan pencapaian cemerlang. Nasihat Tuan Shahril kepada usahawan lain: “Jangan takut mengambil risiko untuk mencari ilmu. Ilmu yang betul dengan bimbingan yang tepat mampu membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.”

Kisah ini menggambarkan betapa pentingnya ketekunan, pembelajaran berterusan, dan keberanian mengambil risiko dalam mencapai kejayaan.

FunnelEvo nak jemput anda ke Amazing Founder:Grow Bisnes Lebih Laju! Kami kongsikan teknik untuk tarik perhatian, bina hubungan pelanggan yang kukuh, dan kekalkan permintaan sepanjang musim perayaan.

FunnelEvo serius nak jemput anda ke Amazing Founder: Grow Bisnes Lebih Laju! Kami kongsikan teknik untuk tarik perhatian, bina hubungan pelanggan yang kukuh, dan kekalkan permintaan sepanjang musim.

Jom hadir dan pastikan bisnes anda terus menonjol, menarik minat pelanggan, dan berada di barisan hadapan! Insya-Allah.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !