Cukai Tinggi? Ini 5 Cara Rancang Perbelanjaan Bisnes Untuk Jimat Cukai

“Saya Pening Sebab Accountant Kata Cukai Tinggi” Ini Yang Usahawan Patut Buat

Ramai usahawan rasa “cukai tinggi” adalah masalah utama, tapi sebenarnya masalah sebenar selalunya kerana tiada tax planning yang betul dan berkala. Dengan perancangan awal, cukai boleh diurus dengan lebih bijak tanpa membebankan bisnes.

1. Semak Akaun Setiap Bulan

Langkah pertama ialah memastikan akaun bisnes sentiasa dikemaskini:

  • Catat semua duit masuk dan keluar dengan teliti.
  • Pastikan setiap transaksi bisnes direkod dengan betul.
  • Ini memudahkan anda mengenal pasti perbelanjaan yang boleh ditolak cukai.

Dengan semakan bulanan, tiada surprise besar di hujung tahun dan bisnes lebih terurus.

2. Review Setiap Suku Tahun

Selain semakan bulanan, buat juga audit ringkas setiap 3 bulan:

  • Semak untung rugi dan aliran tunai.
  • Kenal pasti perbelanjaan strategik yang boleh ditingkatkan atau dikurangkan.
  • Rancang langkah-langkah tax optimization awal supaya tidak “terkejut” bila cukai sampai.

3. Rancang Cukai, Jangan Tunggu Kejutan

Ramai usahawan tunggu hingga akhir tahun untuk fikir tentang cukai. Sebenarnya, perancangan awal adalah kunci:

  • Susun perbelanjaan yang sah dan strategik.
  • Tentukan bila bonus, annual dinner, atau trip syarikat boleh dilaksanakan supaya manfaat cukai maksimum.

4. Perbelanjaan Strategik Yang Boleh Kurangkan Cukai

Berikut adalah contoh perbelanjaan yang sah di sisi undang-undang dan boleh membantu kurangkan cukai:

  • Kos marketing & promosi
  • Bonus dan increment untuk staf
  • Annual dinner, company trip, atau staf refreshment
  • Entertainment staf – 100% boleh tolak
  • Entertainment klien – 50% boleh tolak
  • Pantry & meal allowance staf

Cukai tinggi selalunya tanda perbelanjaan strategik tidak dirancang awal.

5. Tip Praktikal Untuk Usahawan

  • Buat jadual tax planning bulanan atau suku tahunan.
  • Rancang perbelanjaan bisnes supaya dapat manfaat cukai.
  • Simpan semua resit dan invois dengan baik.
  • Konsultasi dengan accountant lebih awal, bukan last minute.

Selain itu, pastikan anda memisahkan akaun peribadi dan akaun bisnes supaya aliran tunai lebih jelas. Simpan 3–6 bulan kos operasi sebagai emergency fund untuk menghadapi situasi tidak dijangka. Jangan bergantung sepenuhnya pada keuntungan atas kertas sahaja. Cash flow positif menandakan bisnes selamat dan boleh berkembang, manakala cash flow negatif adalah alarm merah yang memerlukan tindakan segera. Jika cash flow stabil, bisnes masih boleh bertahan, tetapi perlu ada perancangan strategik untuk memastikan pertumbuhan jangka panjang.

Dengan langkah-langkah ini, anda bukan sahaja dapat kurangkan cukai secara sah, malah bisnes lebih terurus, aliran tunai lebih jelas, dan risiko surprise cukai dapat dielakkan.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !