Cukai Barangan Bawah RM500 Dikenakan Mulai 1 Januari 2024!

Malaysia akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang dijual secara dalam talian mulai 1 Jan, 2024, demikian menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Malaysia sepatutnya mengenakan cukai LVG sebanyak 10 peratus ke atas barangan berharga di bawah RM500 yang dijual secara dalam talian berkuat kuasa 1 April, 2023, di bawah Belanjawan 2022, tetapi telah ditangguhkan oleh jabatan kastam pada Mac tahun ini.

Semua barang kurang dari harga RM500 yang dibawa secara darat, udara atau laut dari luar negara, terutama yang didagangkan secara maya akan dikenakan cukai dari 1 Januari 2024.

Namun, beberapa bulan lepas diumumkan juga cukai untuk barangan mewah akan dikenakan iaitu Cukai Barang Bernilai Tinggi atau Cukai Barang Mewah seperti barang kemas, jam tangan berjenama dan kereta akan dilaksana bermula 1 Mei 2024. Sumber Berita Harian.

Kalau baca tajuk je, rasa macam menganiaya peniaga kecil dan pembeli B40. Tapi bila baca isi, sebenarnya berita ini adalah kelebihan buat peniaga tempatan atas talian.

Cukai barang harga rendah ini sebenarnya hanya untuk cukai import untuk barangan yang dijual atas talian yang bernilai RM500 ke bawah. So, lepas ni kalau kita beli barang di Shopee dimana peniaganya adalah dari China ke, Indonesia ke, Vietnam ke, akan terteralah 10% cukai barangan import.

Jadi ini sebenarnya membawa kelebihan kepada peniaga online tempatan. Kita ada kelebihan dari segi jumlah harga berbanding peniaga luar.

So, pembeli, belilah dengan peniaga tempatan ye kalau tak nak dikenakan cukai.

Ada juga yang berkata “Jika ikut lumrah rantaian bekalan peniaga atas talian kita di Malaysia ni, barang diambil dari luar negara juga kan?”

Jawapannya adalah, biasa yang memborong ni, kita tak melalui establish online platform untuk belian runcit. Untuk memborong, memang dah ada duti import pun selama ni yg kastam kenakan. Cuma kadar berbeza ikut jenis barang dan ada yang dikecualikan.

Yang beli di online platform ni yang tak pernah kene cukai import sebab melalui system dia dan tak ada rule dari kerajaan lagi. Tak pernah lagi kita dengar, barang beli kat Shopee kene tahan dgn Kastam kat airport sebab tak bayar cukai. Jadi mcm ni sebab Shopee guna laluan khas di Kastam.

Kalau kita beli barang sendiri kat luar negara, dan minta seller hantar by express kurier, haa yang ni memang banyak kali kene tahan di Kastam. Anda mungkin kena pergi Kastam airport untuk clearkan cukai, baru boleh pickup barang.

Beli barang harga RM500 ke bawah di atas talian kena bayar cukai. Pakat tak baca dah masing-masing terus marah-marah.

Anda beli barang dari local seller atas talian harga RM500 ke bawah tak kena cukai. Tapi beli atas talian dari seller yang dari di China, di Zimbawe, di Antartika, kena la cukai.

Tujuan cukai ini dikenankan adalah untuk memastikan ekonomi lancar circulate dalam negara kita. Kesimpulannya, beli la dari local seller. Support lah penjual tempatan, mahal sikit tak apa.

Apa pun semoga barangan tempatan terus menjadi pilihan pengguna dan mampu menjana pendapatan yang baik buat peniaga-peniaga tempatan sama ada secara online atau kedai fizikal. Semoga Allah mempermudahkan urusan perniagaan dan dilimpahi rezeki yang tidak putus-putus lagi diberkati.

Semoga penjelasan ini memudahkan anda faham situasi sebenar tentang kadar cukai yang dikenankan. Adakah penjelas ini bermanfaat untuk anda?

Nak lebih kepastian yang lebih detail, anda boleh baca penenerangan rasmi dari Kastam Malaysia DISINI.

Jika ia kongsikan kepada rakan-rakan dan kenalan anda!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!