CSR Ramadan Bersama FunnelEvo!

Ini antara moment Aktiviti CSR High Level Coaching FunnelEvo Bahagian Selatan. Aktiviti kali ini adalah aktiviti Ziarah & Kemas PPR Kempas & PPR Desa Mutiara. Aktiviti ini melibatkan lebih 20 buah rumah.

Penduduk yang memerlukan telah dikenalpasti dan turut menerima sumbangan seperti duit, baju raya, dan keperluan-keperluan asas untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

FunnelEvo mengucapkan ribuan terima kasih kepada Teraju Masa Resources, iCuci Cleaning Service, Khariz Builders (M) Sdn Bhd, MyBistrari Legacy, Tropics design, KMJ Global Sdn Bhd, Klinik Famili Yazeed PLT, Klinik Suzana Sdn Bhd, Zuleffa Island Bisnes Sdn Bhd, Ik Power Sdn Bhd, Intan Aziz Empire Sdn Bhd dan semua yang terlibat untuk secara langsung mahupun tidak langsung dalam sumbangan ini.

Hebatnya pahala bersedekah bukan sahaja diberi kelapangan di alam kubur, malah diberi naungan Allah S.W.T. pada hari akhirat. Baginda S.A.W. telah bersabda, yang bermaksud:

“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah” – Hadis Riwayat al-Bukhari dan al-Muslim.

Anak didik di Sarawak Alhamdulillah, baru-baru ini berlangsungnya program CSR High Level Coaching FunnelEvo di Sarawak juga. Lebih 20 bakul makanan diedarkan kepada lebih 20 keluarga yang memerlukan di Kg Tupong Ulu, Kuching, Sarawak.

FunnelEvo mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan anak didik di Sarawak antaranya Sha Dental Care Sdn. Bhd, KAKERS Sdn Bhd, TOP WHEEL Sdn. Bhd, A & J Healthcare Sdn Bhd , An-Nashr Resources , KGR THE WALL BARBERSHOP dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam agihan ini.

Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda; “Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.” Riwayat Muslim Moga sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang dihadapi dan menambah keceriaan dalam menyambul Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi. Insya-Allah.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!