photo6224091628851800197

Copywriting Nak Tulis Panjang Ke Pendek Lagi Bagus?

“Coach, Nak Tanya Ni. Copywriting Nak Tulis Panjang Ke Pendek Lagi Bagus?”

 

Blog kali ini saya tulis khas kepada anda yang tertanya-tanya samada nak tulis copywriting panjang ke pendek lagi sesuai?

 

Pernah tak setiap kali nak buat copywriting mesti terfikir nak buat copywriting panjang ke pendek?

 

Haa… sebenarnya copywriting ni anda kena tengok pada target audience atau target market anda. Mana yang lagi sesuai dengan copywriting terpulang kepada audience anda.

“Jenis Copywriting Macam Mana Yang Sesuai Dengan Audience Coach?”

 

Audience ni pula ada banyak kategori.. Ada yang sangat tahu dengan produk anda, ada yang separa sedar atau sekadar tahu dengan produk anda, atau ada yang paling parah, sekali pun mereka tak pernah tahu atau dengar tentang produk anda.

 

So kat bawah ni saya kongsikan kepada anda jenis copywriting panjang ke pendek yang sesuai untuk posting anda. Nanti dah baca jangan lupa share tau, kata ‘Sharing is Caring’.. Kalau dah tak sabar, boleh teruskan bacaan anda kat bawah ni ye…

 

Haaa…. Jawapan dia adalah, copywriting ni TAK WAJIB pun untuk buat panjang-panjang.

 

Yang LEBIH PENTING, copywriting anda ada elemen-elemen & struktur yang mampu menarik minat audience untuk membacanya.

 

Contohnya, kena ada Headline yang beremosi, kena highlight tentang masalah atau keunikan produk anda, dan yang terakhir WAJIB ada ialah CTA (Call To Action) untuk orang bertindak.

 

Tapi, perlu diingatkan, copywriting ni pun ada tahap kesedaran dia juga tau. Kesedaran ni mengikut kategori yang saya tulis di atas tadi.

 

1- Kategori pertama, orang yang dah tahu tentang produk anda. Jenis orang yang macam ni hanya nak beli sahaja produk anda. Nak tulis copywriting pun mudah, just direct to the point’.

“Raya Nak Dekat, Jom Pakai Produk Ni!

Beli 1 dapat hadiah bercuti ke Maldives tau. Kalau Nak, Tekan Je Link Kat Bawah Ni”

2- Kategori kedua, orang yang dah tahu produk anda tapi mereka tak pasti yang produk ni sesuai ke tidak dengan mereka. Untuk kategori ni, copywritingnya akan panjang sedikit sebab akan lebih details berbanding copywriting sebelum ni.

“Raya dah dekat, nak tak muka breakout tu licin je raya nanti? Kalau nak tahu, produk ni memang sesuai dan selamat digunakan sebab bahan yang digunakan semua organik tau. So, tak perlu bimbang ok…”

3- Kategori terakhir, orang yang langsung tak tahu tentang produk anda. So, apa nak buat? Yang ni anda kena lebih details kan lagi copywriting anda supaya segala permasalahan dan pertanyaan mereka akan terjawab.

 

Kena ingat juga tau, copywriting anda pun bergantung kepada kekuatan produk anda dalam pasaran.

 

Itu sahaja perkongsian tentang copywriting panjang ke pendek.

 

Belajar something?

 

Kalau belajar sesuatu, silalah share supaya orang lain pun dapat menfaat yang sama tau… =)

 

P/S : Nak belajar lebih banyak tentang teknik pemasaran online yang terkini? SILA KLIK DISINI.

SHARE KEPADA RAKAN:

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru