Cerita Tukar RM0 Jadi RM3000 Sebulan!

Baru-baru ni saya dan isteri berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu. Ye lah, kita baru selesai beraya, layan tetamu siang malam , kita belilah jiwa isteri sikit. Yang gerak keluar Kelantan sampai 23 jam, entah macam mana nak beli jiwa isteri. Sempat bawa isteri jalan-jalan, bawa makan diluar.

Selesai makan tu saya pergi ke satu kedai gunting rambut. Waktu saya nak gunting rambut tu, alhamdulillah ada seorang abang ni yang layan saya..

1. Sambil-sambil gunting rambut tu, kami pun bersembang. Ore Kelate ni memang kecek sokmo, kecek punyo kecek sapa la satu tahap tu beliau cakap zaman sekarang ni susah, banyak cabaran, nak kerja pun susah..

2. Itu saya dah biasa dengar, tapi bila dia cakap tentang tak lama lagi dia akan dapat anak nombor 2 yang akan deliver bulan ni tapi dalam masa yang sama tak cukup dengan gaji gunting rambut. .

3. Sekarang ni dia , isteri dan anak pertama naik motor nak kemana-mana. .

4. Waktu raya pun orang tanya, bila nak beli kereta? Kesian anak tu panas.. nak masuk anak nombor 2 lagi.. sampai bila nak naik motor? .

5. Dia tak ada jawapan, sebab motor nak bayar bulan-bulan ni pun, sukar nak bayar.. motor pula kadang-kadang rosak, duit lagi. Nak beli kereta murah-murah pun tak boleh nak buat pinjaman. .

6. Terus terang saya dapat rasa dia dalam keadaan yang susah.. sangat susah. .

7. Sebab apa? Saya pun pernah ada dalam keadaan tu.

8. Jadi saya pun cakap, cerita awak ni dengan saya sama je.. masa saya mula-mula kahwin dulu sebelum ada anak, saya pun 0 tak ada duit!

9. Tapi yakin dengan takdir Allah, Allah punya urusan, Rezeki kita ni Allah urus, kerja kita buat, buat dan buat sampai jadi.

10. Pernah satu ketika , saya masa tu tak ada duit. Memang zero, kosong habis! .

11. Waktu tu apa saya fikir? saya hanya perlukan RM3 ribu sebulan. Soalannya macam mana nak ada RM3 ribu sebulan? . Buat Usaha lah, Tapi susah nak buat .

12. Saya minta abang tu buat perkara yang sama! Mudah saja.

13. Abang kena dapat RM100 sehari , konsisten 30 hari dapat untuk dapatkan RM3ribu sebulan! . Cuma macam mana nak dapat? . Satu kepala berapa ringgit? Dalam RM20 , Komisyen RM12 satu kepala. Kena gunting 10 orang nak dapat RM100 lebih kurang. Banyaklah kena buat kan? Kena guna tenaga pagi sampai malam! Saya tanya abang tu..”Ada tak orang lain, yang nak gunting rambut tapi sanggup bayar lebih?” Abang tu jawab..”Mestilah ada, tapi macam mana nak cari” Contoh macam mana? Contoh macam saya, kalau saya sanggup bayar lebih. kalau di KL RM30-40 satu kepala, itu pun kena pergi kedai. Saya kata..”Saya sanggup bayar RM50 , kalau awak datang rumah saya!” Sehari perlu dapat 2 orang dah dapat RM100, Tapi kena cari pelanggan yang betul betul boleh bayar RM50! Maksudnya apa? Deal sebelum sampai jumpa pelanggan. Bukan dah sampai baru nak deal, nanti tak tahu nak cakap akhirnya sama je dekat kedai! Tetapkan harga 1 kepala RM50 , sehari 2 kepala. dengan kerja yang minimum. Dapat satu ”TING” kan?

14. Kenapa letak RM50? Sabar dulu, jangan nak fikir kenyang terus! Ambil RM10 buat tawaran komisnyen pada rakan-rakan yang rekemenkan atau promote servis kita.

15. Cerita sekarang ni adalah. Nak dapat RM3K boleh tak? boleh. Dengan izin Allah, Allah yang urus rezeki kita Tapi ingat satu perkara

16. Yakin kepada asbab tu syirik, tak guna asbab tu jahil!

17. Maksudnya apa? Kena yakin 100% kepada Allah tapi usaha tu kita kena buat, wajib buat! Asbab asbab tu usaha lah!

18. Cari customer yang tepat, letak harga yang sesuai ikut customer punya demand, kemudian cari dan bina ejen ejen marketing.

19. Seterusnya letak di social media anda punya perkhidmatan

20. Setiap kali gunting rambut ambil video,gambar. POS. Tak perlu nak edit teruk-teruk kalau belum mampu nak buat.

21. Lama lama kita akan dikenali sebagai barber rumah ke rumah, Insya-allah Dapat sesuatu tak dari cerita ni? Saya doakan amin insya allah untuk sesiapa yang sedang cari nak dapatkan RM3K sebulan dapat 3k sebulan, Ameen Yang sedang cari nak dapatkan RM30 ribu sebulan, dapat RM30ribu sebulan Yang sedang cari nak dapatkan RM300 ribu sebulan, dapat RM300 ribu sebulan!

Ameen Ya Rabb…

Dapat sesuatu dari sharing ni? Cuba tag rakan-rakan usahawan di bawah dan tanya soalan.Nanti saya akan pilih soalan-soalan. Insya Allah saya kongsikan tips #CeritaBisnes yang seterusnya!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!