Cash Reserve : Berapa Banyak Duit Patut Syarikat Simpan?

Dalam dunia bisnes, kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku esok. Kadang-kadang jualan naik mendadak, kadang-kadang turun tak menentu. Jadi, penting untuk ada simpanan tunai yang cukup supaya perniagaan tak terjejas kalau ada kecemasan.

Berapa Banyak Perlu Simpan?

Sebenarnya, tiada angka tetap, tapi secara idealnya, syarikat patut simpan antara 20% hingga 40% daripada keuntungan bersih bulanan sebagai back-up. Kalau perniagaan tak ada keuntungan tetap setiap bulan, cara yang lebih praktikal ialah tetapkan jumlah tertentu—contohnya RM1,000 seminggu—supaya dalam jangka panjang, syarikat ada dana kecemasan yang kukuh.

Kenapa Kena Ada Simpanan Tunai?

  1. Modal Rolling
    • Duit ini boleh digunakan untuk cover kos operasi macam gaji pekerja, sewa pejabat, dan stok barang.
  2. Nak Besarkan Bisnes
    • Dengan duit simpanan yang stabil, senang nak buka cawangan baru, tambah produk, atau buat marketing lebih agresif.
  3. Bersedia untuk Hal Tak Dijangka
    • Bila ekonomi tak menentu atau ada masalah dalam operasi, simpanan tunai boleh jadi penyelamat.

Macam Mana Nak Kumpul Simpanan Tunai?

  1. Automasi Simpanan
    • Set auto-transfer ke akaun simpanan khas setiap bulan supaya duit tu tak digunakan tanpa sengaja.
  2. Kurangkan Kos Tak Perlu
    • Semak balik perbelanjaan dan buang yang tak penting.
  3. Naikkan Keuntungan
    • Pastikan harga produk dan strategi pemasaran cukup bagus untuk jana lebih banyak untung.

Simpanan tunai adalah kunci untuk pastikan bisnes boleh terus berjalan walaupun ada cabaran. Tak kisah sama ada ikut peratus keuntungan atau simpan jumlah tetap setiap bulan, yang penting kena mula sekarang! Dengan cara ini, bisnes boleh kekal stabil dan bersedia untuk berkembang ke tahap yang lebih tinggi.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !