Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Cara Turunkan Kos Per Lead Customer Sehingga 0.50 Sen!


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Kos untuk dapatkan seorang pelanggan sebenarnya sangat ‘mahal‘ terutama jika anda menjual produk yang mempunyai banyak pesaing. Contohnya anda jual kopi.

Di Malaysia, berapa jenis jenama kopi yang wujud? Banyak! Banyak sehingga kita tidak ingat jenama yang jarang-jarang kita dengar. Yang kita betul-betul ingat seperti Nescafe, Kapal Api, Ali Cafe. Selebihnya?

Itu jika saya bicara soal bisnes besar yang ada marketing budget yang besar. Berjuta setahun. Bagi mereka tidak mengapa kalau ‘spending‘ untuk marketing besar. Untung juta-juta, rugi pun boleh sampai juta.

Tetapi bagaimana dengan anda?Jika anda jual produk yang sama dengan orang lain jual, kemungkinan besar anda juga akan jatuh dalam ketegori ini.

Jadi, bagaimana untuk turunkan kos “per lead” pelanggan (kos untuk dapatkan satu data nama, nombor telefon dan email) yang minat membeli? Ini adalah soalan yang selalu orang tanya terutama bisnes online & produk/servis yang dijual tidak ada USP (Unique Selling Proposition)

Biasanya berapa? la subjektif. Bergantung kepada produk yang anda tawarkan. Tetapi kebiasaannya, kita letakkan RM10 hingga RM20 per lead. Itu baru lead. Belum sale. Maksudnya, spent RM10, RM20 baru masuk seorang yang ‘bertanya’ tentang barang/produk/servis yang kita tawar. Bertanya, bukan membeli!

Disebabkan itu, jika anda ‘menyuruh’ mereka buat tindakan segera, mereka susah. Mereka serabut. Serabut dengan terlalu ramai manusia yang mahu ‘cekik’ duit mereka. Mereka rimas dengan manusia yang hanya tahu jual, jual dan jual.


Beri Dulu Apa Mereka Mahu, Baru Mereka Beri Apa Yang Anda Mahu



Konsepnya sama, anda suka atau tidak kawan belanja? Mesti suka kan? Kalau setiap kali makan kawan yang sama belanja, lambat laun anda pun naik malu. Sampai satu hari, kawan ajak ke restoran mahal, anda yang bayarkan.

Begitulah dengan pelanggan, Mereka mahu ‘terima’ dahulu baru mereka akan memberi. Apa yang kita sebagai peniaga mahu? Kita mahu duit mereka. Kita mahukan sales. Apa pelanggan mahu? Mereka mahu produk / servis kita.

Jadi langkah untuk turunkan kos untuk mendapatkan seorang pelanggan adalah dengan memberi produk / servis percuma. Pelik bunyinya, tapi itulah hakikat yang perlu anda terima.


Beri Produk Atau Servis Percuma Dahulu



Dalam dunia yang terlalu banyak persaingan ini, anda perlu terlebih dahulu memberi ‘cinta’ anda kepada pelanggan. Pastikan mereka jatuh hati dengan anda dahulu.

Dalam hal ini, beri sebanyak mungkin manafaat. Kalau anda tawarkan produk. Beri produk percuma, tester kepada mereka untuk mereka alami dan rasai sendiri produk yang anda tawarkan. Tidak perlu banyak, cukup untuk menghasilkan percikan api cinta antara anda dan ‘si dia, iaitu pelanggan anda.

Pernah lihat peniaga kopi beri free kopi untuk pelanggan?

Biasanya mereka beri sedikit sahaja. Nak lebih perlu beli dari mereka. Produk atau servis percuma sebagai umpan. Bagi peniaga online, anda bukan tertakluk untuk beri produk atau servis yang mahal. Boleh jadi anda hanya beri ‘Panduan Percuma Bernilai RMXXX kepada pelanggan anda dan panduan ini dalam bentuk ebook.’

Mereka sudah cukup hargai usaha anda itu. Panduan atau ebook percuma ini anda sendiri yang letak nilai. Kalau anda letak nilai RM100, maka ia akan jadi RM100. Kalau nilainya anda letak RM1000, maka ia akan jadi RM1000.

Bergantung. Siapa tidak mahu barang PERCUMA? Ini adalah contoh ebook percuma yang diberikan.

Cara ini akan turunkan kos untuk anda dapatkan ‘lead! Bila mereka dah mula jatuh cinta, mereka akan mula beli, beli, beli dan beli lagi dari anda.

Dan jika anda tidak pandai untuk hasilkan panduan update sahaja Facebook Fanpage anda dengan tips dan ilmu yang berguna kepada likers. Anda boleh buat posting dalam bentuk video seperti dibawah:

15K Views

Seperti yang anda boleh lihat, video perkongsian ini sudah ditonton oleh 1000 orang dan kongsi 41 kali. Untuk merakam video ini, saya guna Facebook Live.

Ya, Facebook Live” adalah salah satu cara untuk membelai pelanggan anda. Setuju? la lebih mudah dan pelanggan atau bakal pelanggan akan rasa lebih dekat dengan si penjual.

Saya sendiri gunakan teknik ini. Dari kos untuk dapatkan seorang yang berminat sehingga RM20 per lead, saya dapat kurangkan kepada PERCUMA! Paling tinggi pun RM1 seorang

Murahkan?

Jika anda nak dapatkan lebih banyak tips bisnes, inpirasi dan motivasi usahawan, boleh Follow Channel Telegram FunnelEvo sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!