Pernah Tak Terfikir “Susahlah Jual Pada Orang Tak Ada Duit… Macam Mana Nak Jual Pada Orang Yang Ada Duit?”
Ramai peniaga pernah terdetik soalan ini dalam hati.
“Customer asyik tanya murah, diskaun, freegift…
Tapi macam mana sebenarnya nak tarik pelanggan yang tak kisah harga?”
Jawapannya mungkin mengejutkan:
Anda tak perlu tukar pelanggan. Anda perlu tukar positioning.
Kenapa pelanggan T20 susah beli dengan kita?
Kerana positioning jenama tidak seiring dengan sasaran. Pelanggan T20 tertarik kepada nilai, imej dan pengalaman, bukan harga murah. Bila content dan suasana nampak premium, audiens berpendapatan tinggi akan datang sendiri.
Dalam artikel ini, saya bantu anda faham bagaimana nak buat pelanggan berpendapatan tinggi (T20) membeli dengan anda tanpa berharap pelanggan B40 tiba-tiba jadi T20.
Realiti Yang Ramai Tak Nak Dengar
Hakikatnya:
- Kita tak boleh kawal pendapatan pelanggan
- B40 takkan jadi T20 hanya sebab kita nak
- Menyalahkan pelanggan sebab “tak mampu” tak akan ubah jualan
Tapi berita baiknya adalah kita boleh kawal siapa yang tertarik dengan bisnes kita. Dan itu berlaku melalui positioning.
Masalah Sebenar Bukan Pelanggan, Tapi Positioning Produk
Ramai peniaga kata
“Saya nak naikkan customer dari B40 ke T20”
Sebenarnya ayat yang lebih tepat ialah
“Saya nak tapis audience supaya yang datang memang T20.”
Ini bukan tentang diskriminasi.
Ini tentang komunikasi, persepsi dan pengalaman.
Nak Target T20? Content Mesti Eksklusif & Premium
Jika sasaran anda pelanggan berpendapatan tinggi, content tak boleh nampak biasa-biasa.
Ciri-ciri content yang tarik T20
- Visual kemas, clean, eksklusif
- Setting premium (ala hotel, showroom mewah)
- Bahasa yakin, tenang, tak mendesak
- Fokus kualiti, pengalaman & status bukan harga murah
Orang T20 tak beli sebab murah, mereka beli sebab nilai & imej.
Nak Target B40? Content Perlu Relatable & Simple
Sebaliknya, jika sasaran anda B40
- Content lebih santai
- Bahasa mesra & relatable
- Fokus penjimatan, promo, value for money
- Tak terlalu “high class” atau berjarak
Tiada yang salah dengan B40. Yang salah ialah nak jual premium, tapi content nampak murah.
Contoh Jelas Kenapa Bawal Exclusive Tarik T20?
Lihat bagaimana Bawal Exclusive buat positioning:
- Founder sendiri jadi muka depan jenama
- Content nampak mahal & eksklusif
- Showroom rasa macam masuk hotel
- Visual, muzik & pacing sangat “premium”
Hasilnya? Tanpa berkata “kami target T20”, audience yang tak sesuai akan tapis diri sendiri.
Yang tinggal hanyalah pelanggan yang
- Faham nilai
- Tak tanya harga dulu
- Sedia bayar untuk pengalaman
Formula Mudah Cara Tarik Pelanggan Berpendapatan Tinggi
Jika anda nak pelanggan T20 membeli dengan anda, pastikan:
- Positioning jelas – anda premium atau mass?
- Content seiring harga – mahal → nampak mahal
- Setting & visual menyokong – jangan bercanggah
- Bahasa jenama matang – kurang jerit, lebih yakin
- Pengalaman diutamakan – bukan diskaun
Bila positioning betul, pelanggan akan datang sendiri.
Jangan Kejar Orang, Bina Tarikan
Anda tak perlu
- Paksa B40 jadi T20
- Marah pelanggan sebab tak mampu
- Turunkan harga untuk semua orang
Apa yang perlu anda buat ialah menukar keseluruhan cara bisnes anda dipersembahkan. Ubah cara anda muncul di hadapan pelanggan dari visual, bahasa hingga cara anda bercakap supaya nampak yakin dan profesional. Ubah cara anda bercakap, sama ada di media sosial, video atau bersemuka, supaya mesej tersampaikan dengan jelas dan eksklusif. Dan yang paling penting, ubah cara jenama anda dirasai; setiap sentuhan dari content, visual, suasana premis hingga pengalaman pelanggan harus memberi rasa premium dan selari dengan sasaran pelanggan berpendapatan tinggi.
Bila positioning naik, jenis pelanggan akan ikut naik.

Sesi ini di petik khas dari sesi Amazing Breakfast FunnelEvo bersama Tuan Rahman Basri, Marketing Specialist.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
