Cara Masukkan Makanan Halal Ke Pasaran Luar Negara!

Apabila melancong di negara luar, ada masanya sukar untuk mencari makanan yang halal. Apatah lagi jika bercuti di negara yang majoriti masyarakatnya tidak beragama Islam. Sesetengah premis makanan tersalah anggap akan konsep hidangan halal.

Apa lagi kepada mereka yang bekerja atau menetap di luar negara dalam tempoh masa yang lama, sudah tentu mereka perlukan bahan masakan yang halal terutanya kepada kaum muslim.

Masih ingat di setiap masalah mesti ada peluang, sebagai usahawan jangan lepaskan peluang untuk bawa makanan anda ke luar negara.

Malaysia boleh terus kekal sebagai peneraju produk dan perkhidmatan halal yang memenuhi standard kualiti tertinggi kerana negara mempunyai ekosistem dan strategi yang betul untuk meraih lebih banyak perniagaan halal global.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yakin dengan Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030), visi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membangunkan platform industri dan perniagaan-kepada-perniagaan (B2B) seperti Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), Malaysia boleh mengekalkan kedudukan penerajuannya.

“Malaysia terkenal sebagai pembekal utama pelbagai produk dan perkhidmatan diperakui halal, seperti makanan, kosmetik, farmaseutikal, kewangan dan pelancongan. Ini adalah petikan daripada Berita Astro Awani.

Perkongsian hari ini saya sertakan dengan video Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi akaun TikTok beliau tentang Bagaimana cara untuk bawa makanan halal ke Luar Negara.

Belajar sesuatu daripada perkongsian ini? Jika ya, kongsikan kepada rakan-rakan usahawan anda tentang perkongsian ini. Semoga bermanfaat!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !