Siapa yang tak nak berjaya, kan? Semua orang impikan kerjaya yang stabil, masa depan cerah, dan hidup yang penuh makna. Tapi, kadang-kadang halangan terbesar adalah kos pendidikan yang tinggi atau kekangan sistem pembelajaran yang kurang praktikal dan terlalu berteori.
“Dalam hati, saya sangat ingin melihat lebih ramai orang berjaya. Saya percaya, dengan ilmu dan peluang yang betul, ramai akan dapat capai kejayaan. Kalau mereka berniaga, saya nak mereka berjaya, untung besar, bisnes berkembang maju. Kalau mereka bekerja, saya mahu lihat mereka dapat gaji yang besar, pekerjaan yang mereka banggakan. Sebab itu, saya bincang dengan team. Saya mahu beri RM300,000 sebagai biasiswa untuk bantu pelajar masuk Kolej Funnel Evo, supaya mereka boleh ubah kehidupan mereka. 15 orang. Biasiswa RM20,000 setiap seorang “
Fahdi Ghazali, Pengerusi FunnelEvo Group Of Companies.
Kenapa RM300,000 Ini Lebih Dari Sekadar Tajaan?
Biasiswa ni bukan sekadar tajaan. Ini pelaburan untuk lahirkan generasi baru yang mahir dalam TVET dan digital marketing – dua bidang yang sangat diperlukan dalam ekonomi digital hari ini. FunnelEvo sedar bukan semua orang mampu nak biayai pengajian, lebih-lebih lagi dalam bidang yang perlukan skil teknikal tinggi. Jadi, taja RM300,000 ni adalah bukti komitmen mereka untuk bantu mereka yang berbakat dan bersemangat, tetapi kekurangan dari segi kewangan.
Mahu Jadi Sebahagian Dari Program Ini?
Kalau rasa ini peluang yang anda cari selama ini, jangan lepaskan! Di Kolej FunnelEvo, anda akan dapat belajar secara praktikal – kurang teori tebal, lebih pengalaman sebenar!
Siapa yang Layak Memohon?
Umur 18-25 tahun.
Warganegara Malaysia.
Permohonan berakhir 30 Oktober 2024 – jadi, mohon sekarang sebelum terlambat!
Klik untuk mohon BIASISWA FUNNELEVO sekarang:
Pemohonan BIASISWA FUNNELEVO COLLEGE
Nak tahu lebih lanjut cara-cara pemohonan? Tonton Video Cara Pemohonan Biasiswa FunnelEvo College disini.
Ini bukan RXZ, bukan iPhone… Ini masa depan anda! Ambil peluang untuk jadi sebahagian dari generasi yang akan memacu perubahan!