Bila masuk hujung tahun, ramai majikan mula berkira-kira—nak bagi bonus berapa banyak? Sebagai bos, kita nak hargai staf atas usaha mereka, tapi dalam masa yang sama, kena pastikan syarikat masih stabil. Kalau terlebih bagi, takut bisnes tersekat. Kalau terlalu sikit, staf pula rasa tak dihargai. Jadi, macam mana nak tentukan jumlah yang sesuai?
1. Kira Dulu Keuntungan Bersih.
Sebelum buat keputusan, pastikan anda tahu jumlah keuntungan sebenar syarikat. Jangan main agak-agak! Sebaiknya, tunggu audit tutup atau sekurang-kurangnya buat anggaran yang tepat.
2. Tentukan Jumlah Bonus.
Bonus boleh diberi dalam beberapa cara:
✅ Sebulan gaji – Kaedah paling biasa, lebih mudah untuk bajet.
✅ Dua bulan gaji – Jika keuntungan tinggi dan syarikat stabil, boleh pertimbangkan.
✅ Peratus Keuntungan – Contohnya, 10% daripada keuntungan bersih diagihkan kepada staf.
Pilihan bergantung pada keadaan kewangan syarikat dan sumbangan staf dalam menjayakan bisnes.
3. Tengok Aliran Tunai.
Jangan terlalu gembira bagi bonus sampai lupa nak bayar sewa, bil, atau stok barang! Pastikan syarikat masih ada tunai yang cukup untuk operasi selepas bonus diagihkan.
4. Dah Settle Cukai?
Penting untuk pastikan cukai, KWSP, SOCSO, dan segala komitmen kewangan lain dibayar dulu. Jangan sampai nanti syarikat tersangkut sebab terlalu agresif bagi bonus.
5. Bonus Sebagai Motivasi.
Bonus bukan sekadar ganjaran, tapi juga sebagai motivasi. Kalau staf tahu mereka akan dapat habuan berdasarkan prestasi syarikat, mereka lebih bersemangat untuk bekerja keras.
Jadi, berapa peratus yang sesuai? Ia bergantung kepada kesihatan kewangan syarikat. Yang penting, bonus yang diberi tak membebankan bisnes dan mampu buat staf rasa dihargai.
Tak ada formula tetap untuk bonus, semuanya bergantung pada prestasi kewangan syarikat. Yang penting, buat keputusan dengan bijak—hargai staf, tapi pastikan bisnes terus kukuh. Bonus yang baik bukan sekadar buat staf tersenyum, tapi juga bantu syarikat terus berkembang!

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!