Bila Majikan Dah Pandai Urus Staf, Allah Hadirkan Staf Yang Baik Dan Bagus!

Kisah Saya, Ili Noor Shahirah dari Happy Donuts

Dulu saya fikir, berniaga sekadar jual produk dan buat iklan sudah cukup untuk naikkan jualan. Tapi rupa-rupanya, bila bisnes makin besar tanpa sistem dan ilmu, semua jadi kelam kabut. Itulah yang berlaku pada saya sebelum saya mula belajar bersama FunnelEvo.

Sebelum menyertai MM (MASTERMIND) FunnelEvo, saya uruskan Happy Donuts ikut gerak hati. Saya buat semuanya secara rawak, tanpa data, tanpa struktur, dan tanpa kawalan yang betul.

Saya masih ingat waktu tu, saya run ads ikut suka hati. Tak kira pun kos, tak tahu pun berapa untung sebenar. Janji ada pelanggan, itu saya anggap cukup. Tapi sebenarnya saya rugi banyak sebab tak kawal bajet dan tak tahu cara kira ROI.

Dalam masa yang sama, saya ada terlalu ramai staf. Tapi peliknya, kerja tetap tak teratur. Sebab saya tak pernah bagi mereka tugasan yang jelas. Saya biarkan mereka urus sendiri, sampai saya sendiri pun tak tahu siapa buat apa.

Paling besar silap saya ialah dalam pengambilan staf. Asalkan ada orang minta kerja dan pandai buat sedikit, saya terus ambil. Tiada temuduga, tiada penilaian. Akhirnya staf ramai tapi tak produktif.

Saya pun akui, disiplin saya waktu tu lemah. Kadang-kadang saya pun masuk kerja ikut suka sebab semua saya dah serah pada staf. Dan dari situlah saya sedar masalah sebenar bukan pada staf, tapi pada cara saya urus bisnes.

Semuanya mula berubah bila saya sertai Program MM (MASTERMIND) FunnelEvo. Saya belajar cara berfikir sebagai seorang founder, bukan sekadar peniaga. Saya mula faham kenapa setiap keputusan mesti ada data, sistem dan ukuran.

Dari segi marketing, saya mula belajar run Ads dengan strategi yang betul. Sekarang saya tahu berapa kos sebenar yang sesuai untuk dilaburkan, dan bagaimana nak ukur keuntungan dari setiap kempen. Saya juga mula gunakan Boost Post di Facebook secara lebih berstrategi, bukan sekadar suka-suka. Hasilnya, reach meningkat dan pelanggan mula kenal jenama saya.

Perkara paling besar yang saya ubah selepas dibimbing ialah cara saya urus pasukan. Saya restructure team sepenuhnya , setiap orang saya agihkan tugas ikut minat dan kepakaran masing-masing. Staf yang tidak perform saya lepaskan, dan staf yang ada saya latih semula dengan cara yang betul.

Sekarang, setiap staf ada Job Description (JD) dan Work Instruction yang jelas. Mereka tahu apa tanggungjawab masing-masing setiap hari. Suasana kerja jadi lebih tenang dan tersusun.

Satu lagi perubahan besar ialah disiplin dan konsistensi dalam marketing.
Sekarang, kami live selama empat jam setiap hari, dan content disiarkan secara konsisten. Dari situ, banyak tempahan masuk secara terus ketika live.

Selain itu, iklan yang kami jalankan di Facebook juga semakin berjaya tarik pelanggan baru. Ramai pelanggan datang ke kedai selepas nampak kami di live atau iklan. Ada yang datang dari jauh lebih sejam perjalanan semata-mata nak cuba dessert dari Happy Donuts.

Bila saya pandang balik, semua perubahan ni takkan berlaku kalau saya tak buat keputusan untuk belajar. Dulu saya fikir saya tahu semua, tapi hakikatnya saya cuma buat tanpa arah.

Selepas dibimbing dalam Mastermind FunnelEvo, saya belajar bahawa untuk bisnes berkembang, mindset ounder kena berkembang dulu.
Ilmu bukan sekadar untuk naikkan jualan, tapi untuk bina sistem, team dan disiplin yang kekal lama.

Sekarang saya lebih yakin, lebih tersusun, dan tahu ke mana arah yang saya nak bawa Happy Donuts.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !