Bila Hilang Upaya, Saya Ingat Semua Tamat Tapi Rezeki Allah Buka Lebih Besar!

Nama saya Nurul Syuhada binti Abdul Malek, pengasas kepada Cik Siti Tempe. Sejujurnya, berniaga ini bukan sesuatu yang asing dalam hidup saya. Dari kecil lagi saya sudah terdedah dengan dunia bisnes kerana keluarga saya memang 100% berniaga. Kami tiga beradik semuanya ikut jejak langkah sama, tidak ada seorang pun yang ‘bekerja makan gaji’.

Saya mula betul-betul berniaga sejak umur 18 tahun. Masa itu saya tolong ibu di kedai makan, kemudian di kedai runcit. Dari situ, saya belajar tentang perit manis berniaga. Macam mana nak layan pelanggan, macam mana nak bertahan walaupun untung tipis.

Selepas itu saya cuba buka kedai goreng pisang dan nasi ayam sendiri. Tapi, rezekinya setakat itu sahaja. Kedai itu terpaksa saya tutup. Dan dari situ, saya tekad untuk fokus 100% pada pemprosesan tempe yang kini sudah masuk tahun ketiga saya usahakan.

Bisnes ini bukan jalan yang lurus. Ada satu masa saya diuji sangat berat.
Saya terbaring dua bulan kerana slip disc. Bayangkan… nak berjalan pun kena guna tongkat. Tapi dalam keadaan sakit, saya gagahkan diri juga keluar bersama suami untuk buat sales.

Dan dari ujian itulah, Allah bukakan jalan. Saya berjaya tembusi 8 cawangan pasaraya. Bagi saya, itu hadiah besar selepas tempoh getir yang hampir buat saya putus asa.

Bisnes tempe ini pernah sampai ke satu tahap saya guna duit terakhir. Saya sanggup gadaikan barang kemas untuk rolling modal. Dalam hati, saya tahu… kalau kali ini gagal, memang tak ada apa lagi yang tinggal. Tapi, alhamdulillah, Allah mudahkan.

Waktu mula sertai Mastermind, saya memang blur. Saya masuk kelas pengurusan, kelas setting team, dan banyak benda baru yang saya belajar.
Dulu saya hanya beroperasi dari bengkel buruk, tapi selepas join Mastermind 2 bulan sahaja, saya berani berpindah ke kilang Gallery Tempe. Bila tempat berubah, team bertambah, tiba-tiba muncul pula kejutan budaya dalam kalangan staf. Mereka hilang arah bila mula ada department masing-masing.

Masa itu saya belajar, kalau nak team perform, saya kena set up sistem dan cut mana-mana expenses yang tak perlu. Dari situ, alhamdulillah, operasi makin lancar.

Saya juga ingat satu kelas bersama Tuan Syafiq Supenah. Beliau cakap, kalau nak staf perform buat sales, bagi mereka komisen sekurang-kurangnya 1%. Balik kelas, saya terus apply. Dan terbukti staf perform luar biasa. Tapi muncul masalah baru… production pula tak mampu tampung.

Itulah realiti bisnes. Selesai satu masalah, akan datang pula masalah lain. Tapi saya belajar bahawa setiap cabaran adalah peluang untuk saya naik satu level lagi.

Alhamdulillah, tahun 2024 sales syarikat saya capai RM1,011,000.
Masuk tahun 2025, dari Januari hingga Julai sahaja, sales sudah RM928,000.

Kalau anda sedang berniaga, jangan sesekali abaikan ilmu digital.
Tanpa ilmu, bisnes kita ibarat berjalan dalam kegelapan, meraba-raba tanpa arah. Dengan ilmu, kita boleh nampak jalan yang betul untuk grow bisnes dan elakkan banyak kesilapan.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Similar Posts