Nama saya Zaki Ariff Kassim, pengasas Istikomah Cetak Terus Enterprise. Dalam mengembangkan bisnes percetakan, saya sedar pelanggan bukan sahaja mahu melihat hasil kerja melalui media sosial. Mereka juga perlukan tempat yang boleh dikunjungi untuk melihat produk, berbincang dan membuat tempahan dengan lebih yakin.
Selepas menyertai Mastermind di FunnelEvo APEX Consulting saya mula mengambil langkah yang lebih jelas untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan dan mengembangkan operasi syarikat.
Antara perkembangan terbesar kami ialah berjaya membuka sebuah showroom baharu untuk pelanggan walk-in dan appointment. Walaupun baru beroperasi sekitar dua minggu, showroom ini sudah menerima kira-kira empat hingga lima orang pelanggan sehari.
Apa yang lebih menggembirakan, kebanyakan pelanggan yang datang bukan sekadar mahu membuat tempahan kecil. Ramai daripada mereka hadir untuk berbincang dan membuat bulk order. Perkembangan ini menunjukkan bahawa kewujudan showroom membantu pelanggan lebih yakin untuk berurusan dengan kami.
Pada bulan sebelumnya, kami hampir mencapai sasaran jualan bulanan. Bagi saya, pencapaian ini membuktikan bahawa apabila pelanggan semakin percaya dan lebih mudah berurusan dengan syarikat, peluang untuk mendapatkan tempahan yang lebih besar turut meningkat.
Showroom ini juga dirancang untuk diperkenalkan melalui acara soft opening dan sesi live printing pada 27 Jun 2026, supaya pelanggan dapat melihat sendiri proses percetakan yang dijalankan. Fokus kami seterusnya adalah menghasilkan lebih banyak kandungan, khususnya ketika acara dan aktiviti syarikat berlangsung.
Kami mahu menunjukkan proses kerja, hasil cetakan, suasana showroom serta pengalaman pelanggan secara konsisten. Saya percaya kandungan bukan sekadar untuk mendapatkan perhatian. Kandungan yang betul dapat meningkatkan kepercayaan dan memudahkan pelanggan membuat keputusan untuk datang sendiri ke showroom.
Perjalanan ini masih baharu, tetapi saya bersyukur kerana Istikomah Cetak Terus Enterprise kini mempunyai ruang yang lebih profesional untuk menerima pelanggan, membina kepercayaan dan mendapatkan lebih banyak tempahan pukal. Daripada hanya dikenali melalui hasil cetakan, kini kami mahu pelanggan melihat sendiri kemampuan dan kualiti yang kami tawarkan.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
