fb vs instagram

4 Beza Pemasaran Facebook dan Instagram

Facebook dan Instagram adalah antara 2 aplikasi media sosial yang memiliki pengguna yang paling ramai diseluruh dunia. Facebook dan Instagram adalah aplikasi yang dikendalikan oleh syarikat yang sama di bawah pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg. Pada tahun 2012, Mark Zuckerberg telah membeli Instagram dengan nilai 1 billion US Dolar daripada pengasas Instagram sendiri iaitu Kevin Systrom and Mike Krieger.

Mengikut kajian daripada We Are Social & Hootsuite pada Januari 2018, Facebook menguasai dimana lebih kurang 70% pengguna internet di Malaysia memiliki akaun Facebook. Untuk instagram pula, sebanyak 49% pengguna internet menggunakan aplikasi instagram.

Sumber : https://wearesocial.com/

Kali ini saya akan kongsikan dengan anda 4 beza pemasaran menggunakan Facebook dan Instagram.

1- Instagram memberikan ‘engagement’ yang lebih baik berbanding Facebook

Bila dibandingkan dengan faktor ‘engagement’ , Instagram akan lebih jauh mengalahkan Facebook. Anda boleh bandingkan bilangan ‘likes’ antara 2 platform media sosial ini. Untuk mendapatkan ‘engagement’ yang tinggi, Instagram adalah platform yang lebih baik berbanding Facebook.

Kedua-dua platform Facebook dan Instagram untuk contoh dibawah jelas menunjukkan perbezaan yang ketara dari segi ‘likers’ dan ‘follower’ akaun mereka tetapi dari segi ‘engagement’, juaranya masih lagi Instagram.

Sumber : BellaAmmara

 

Sumber : Domino’s Pizza Malaysia

2- Facebook memiliki ‘audience’ yang sangat tinggi

Secara purata, pengguna internet yang memiliki akaun Facebook di Malaysia adalah seramai 24 juta orang manakala pengguna Instagram pula adalah seramai 11 juta orang. Menggunakan platform Facebook, anda boleh menggunakan pelbagai teknik dan strategi untuk boostkan iklan anda. 

Untuk anda tingkatkan mereka yang dapat melihat iklan anda, Facebook adalah platform yang sesuai kerana mereka yang menggunakan Facebook adalah daipada golongan umur yang berbeza. Iklan anda akan dipaparkan kepada database yang lebih besar. Anda juga boleh memiliki database anda sendiri. Daripada 24 juta pengguna Facebook di Malaysia, tidak kesemuanya sesuai untuk produk atau servis yang anda tawarkan.

Sumber : https://wearesocial.com/

Tapi, dengan beberapa teknik seperti ‘custom audience’ atau menggunakan platform Messenger, anda boleh tapiskan 24 juta pengguna tadi menjadi ‘audience’ yang lebih kecil dan specifik untuk mereka yang berminat produk atau servis anda sahaja.

Bagaimana nak bina database anda sendiri? Saya nak jemput anda ke Seminar Kuasa Marketing X untuk anda belajar bagaimana cara untuk anda bina dan uruskan database anda sendiri.

3- Facebook sesuai untuk ‘Content Marketing’

‘Content Marketing’ biasanya di kongsikan menggunakan platform Facebook kerana kekangan Instagram yang tidak menyediakan fungsi untuk memudahkan perkongsian pautan website atau blog. Menggunakan platform Facebook, anda dibenarkan untuk berkongsi pautan website atau blog anda tanpa batasan.

Contoh ‘Content Marketing’ di page Fahdi Ghazali

Kesimpulannya, jika anda menggunakan ‘Content Marketing’ sebagai teknik pemasaran produk atau servis anda, platform Facebook adalah lebih sesuai berbanding Instagram.

4- IGTV

Fungsi terbaru yang disediakan oleh Instagram adalah IGTV. Jika sebelum ini video yang dibenarkan untuk dimasukkan di aplikasi Instagram adalah 1 minit. Tapi dengan menggunakan IGTV, anda dibenarkan untuk merekodkan video anda sehingga 30 minit.

Fungsinya dibina seringkas yang boleh. Sama seperti anda membuka TV dirumah anda, IGTV juga akan diterus dipaparkan sejurus anda masuk ke aplikasi Instagram.

Gunakan peluang ini untuk memasarkan produk atau servis anda. Anda boleh tiruvasi siaran TV seperti GoShop atau CJ Wow Shop untuk mencipta siaran televisyen anda sendiri dengan menggunakan IGTV.

Jangan lambat untuk gunakan platform ini ye.

Kesimpulan

Kedua-dua platform Facebook dan Instagram mempunyai kelebihan masing-masing. Untuk anda memilih platform mana yang lebih sesuai untuk produk atau servis anda adalah bergantung kepada teknik atau cara anda memasarkan produk atau servis yang anda tawarkan.

Gunakan peluang yang masih terbuka seperti IGTV sebagai salah satu cara untuk anda tingkatkan jualan bisnes anda. ‘Marketing is a process’. Jika cara yang anda guna tidak memberikan pulangan seperti yang anda inginkan, cari jalan keluar lain untuk anda mengubah cara pemasaran anda.

Baca dan pilih platform mana yang sesuai dengan bisnes anda dan diharap perbandingan ini akan memberikan manfaat kepada anda.

Jika anda berminat untuk belajar cara untuk memasarkan produk atau servis anda menggunakan teknik ‘Integrated Marketing’, saya ingin menjemput anda semua untuk hadir ke Seminar Kuasa Marketing X. KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

SHARE KEPADA RAKAN:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru