Bermula Dengan Tool Box & Meter, Kini Ada Bengkel Sendiri
Saya masih ingat lagi, waktu umur saya 32 tahun, saya berada di satu titik paling mencabar dalam hidup. Tekanan hidup, pendapatan yang tak cukup, dan rasa tersepit buat saya terpaksa pilih jalan yang saya tak pernah rancang mula berniaga.
Bisnes pertama saya? Kambing bakar. Tapi lama-lama saya sedar, itu bukan kekuatan saya. Yang betul-betul melekat dalam jiwa saya ialah servis aircond kereta. Dengan hanya satu tool box dan satu meter, saya mulakan dari rumah. Saya buat sendiri semua benda dari repair, ke cari pelanggan, sampailah ke marketing di media sosial.
Bukan mudah. Banyak kali rasa nak berhenti. Tapi saya terus jalan. Konsisten. Hari demi hari. Sampai akhirnya, saya berjaya buka bengkel sendiri. Hari ini, Alhamdulillah, saya ada 4 orang staf. Jualan purata RM60,000 sebulan, dan pernah juga cecah RM90,000.
Saya sedar, kalau nak pergi lebih jauh, saya tak boleh bergantung pada skill teknikal semata-mata. Pandai pasang aircond tak cukup. Kena pandai urus syarikat, urus team, urus marketing.

Sebab itu saya buat keputusan untuk sertai FunnelEvo.
Apa Yang Saya Belajar & Perubahan Lepas Sertai FunnelEvo
- Struktur & Pengurusan Syarikat
Saya belajar urus aliran kerja, urus team, dan letak sistem. Jadi kerja lebih teratur. - Sales Naik Drastik di Bulan Puasa
Ramadhan 2024, jumlah kereta masuk 90 buah, sales RM54,000 sahaja.
Tapi Ramadhan 2025, walaupun jumlah kereta baru 81 buah, sales dah tembus RM55,000. Booking penuh sampai 29/3, dan insyaAllah anggaran jualan bakal cecah RM100,000 lebih. - Konten & Marketing Konsisten
Saya disiplinkan diri untuk buat 3 konten organik setiap hari, ditambah dengan iklan berbayar. Itu jadi punca sales naik. - Follow Up & Blasting
Dengan sistematik buat panggilan dan follow up, closing rate naik tinggi. - Automasi Guna Kuasa+
Chatbot & sistem appointment mudahkan kerja, terutamanya waktu bulan puasa yang padat. - Grow Team
Saya berjaya hire seorang content creator, dan sekarang saya dalam proses buka cawangan kedua.
“Nak berjaya, kena ada guru. Jangan buat bisnes ikut suka hati. Ilmu digital ni bukan pilihan — ia satu keperluan.”
Saya bermula dari zero, hanya dengan tool box dan meter. Tapi bila ada tindakan yang konsisten dan bimbingan yang betul, dari zero pun boleh jadi hero.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!