Ini kisah Tuan Izzuan Rozali, bekas jurutera bahan di sebuah syarikat MNC, kini menjadi seorang usahawan berjaya dengan perniagaan IT yang menjana jualan mencecah RM700,000 pada tahun 2024.
Sebagai jurutera bahan di sebuah syarikat gergasi, Tuan Mohd Izzuan tidak pernah terfikir hidupnya akan berubah drastik. Namun, apabila syarikat menghadapi krisis, beliau terpaksa menerima kenyataan pahit diberhentikan kerja selepas tiga tahun bertugas.
Minat dalam dunia IT sejak kecil mendorong Izzuan untuk memulakan bisnes secara kecil-kecilan. Pemasaran dilakukan secara manual seperti tampal flyers dan bertemu pelanggan di kedai makan.
Titik Perubahan bermula selepas menyertai Program Mastermind pada tahun lalu. Inilah langkah yang mengubah keseluruhan perjalanan bisnesnya.
- Lonjakan Jualan yang Luar Biasa.
Daripada jualan RM530,000 pada tahun 2023, bisnesnya melonjak ke lebih RM700,000 pada tahun 2024. - Mula memahami hala tuju syarikat, cara mengatur strategi pemasaran, dan memperbaiki struktur operasi.
- Kini mempunyai 4 orang staf yang membantu melancarkan operasi bisnes.
- Dahulu, beliau tiada masa untuk bercuti kerana terpaksa menguruskan semua perkara. Kini, dengan automasi operasi, perniagaan tetap berjalan lancar walaupun tanpa kehadirannya di kedai.
Tahniah Tuan Izzuan berjaya tingkatkan sales dan menguruskan bisnes dengan lebih baik. Jika beliau boleh, kami yakin anda juga boleh.
Rebut peluang hadir ke Amazing Founder:Grow Bisnes Lebih Laju! Kami kongsikan teknik untuk tarik perhatian, bina hubungan pelanggan yang kukuh, dan kekalkan permintaan sepanjang musim perayaan.
Jom hadir dan pastikan bisnes anda terus menonjol, menarik minat pelanggan, dan berada di barisan hadapan musim perayaan ini!
Daftar ke Amazing Founder sekarang!