Sebagai seorang usahawan, pasti kita pernah rasa “down” bila berdepan dengan pelbagai cabaran. Tapi kisah Puan Suryadah Surip, pemilik Heaven Living Interior dan bridal di Rawang Selangor, membuktikan bahawa dengan keberanian, usaha gigih, dan bimbingan yang betul, apa sahaja impian boleh digapai.
“Minat berniaga tu memang dah ada dari kecil lagi,” katanya sambil mengimbau permulaan perjalanan bisnesnya.
“Saya buka syarikat tanpa modal, guna personal loan suami. Saya invest besar-besaran untuk marketing dan ambil staf dengan gaji tinggi. Malangnya, dalam masa 3 bulan, modal RM100K lesap, sales pula 0. Sampai duit dalam akaun tinggal RM80 sahaja!” katanya.
Kini, selepas menyertai program Mastermind pada September 2024, Heaven Living Interior mencapai jualan RM1.2 juta pada tahun 2024, berbanding RM152,000 pada tahun sebelumnya.
1.Sales Bulanan Meningkat dengan Ketara.
Dalam masa 10 hari sahaja pada bulan Disember, Heaven Living Interior berjaya mencapai jualan sebanyak RM83 ribu. Ini membuktikan bahawa strategi yang dipelajari dan dilaksanakan mula memberikan hasil yang memberangsangkan.
2. Tahu Cara Hire Staf dengan Betul.
Beliau menggunakan kaedah yang lebih teratur seperti membuat tapisan resume, background check, dan test DISC. Kini, hanya staf yang benar-benar berkualiti dan sesuai diambil bekerja.
3.. Ada Mentor yang Sentiasa Membimbing.
Beliau mempunyai mentor yang membantu memberikan jawapan dan panduan untuk mengatasi cabaran. Keputusan bisnes lebih terarah dan tepat, menjadikan perjalanan perniagaan lebih lancar.
Kisah Puan Suryadah mengingatkan kita bahawa setiap kegagalan adalah pelajaran dan setiap risiko adalah peluang untuk kejayaan. Yang penting, jangan pernah berhenti berusaha, dan jangan lupa cari mentor yang boleh membimbing kita ke arah yang betul.
FunnelEvo menjemput anda untuk sertai Amazing Founder – program eksklusif yang akan mendedahkan teknik untuk:
✅ Menarik perhatian pelanggan dengan lebih berkesan
✅ Membina hubungan kukuh dengan pelanggan
✅ Mengekalkan permintaan tinggi sepanjang musim perayaan
Jangan lepaskan peluang ini! Hadir ke Amazing Founder dan pastikan bisnes anda terus menonjol, menarik minat pelanggan, dan menjadi pilihan utama sepanjang musim perayaan.