Bermula Dari Reban Ayam, Kini Ada Gudang Proses Kabinet Dapur Sendiri

Pernah tak anda rasa hidup ini terlalu menghimpit… sampai satu hari, anda terduduk dan tanya pada diri sendiri: “Sampai bila aku nak hidup macam ni?”

Itulah yang saya lalui suatu ketika dulu. Nama saya Saidatul Rohayu, dari Pasir Puteh, Kelantan. Saya hanyalah seorang wanita biasa, bekerja sebagai kerani di kilang simen. Setiap hari saya perlu tempuhi perjalanan jauh, berhadapan dengan majikan yang asyik menekan. Hati saya makin lama makin sesak. Akhirnya, saya nekad. Saya berhenti.

Pada tahun 2010, umur saya baru 26 tahun. Dengan keberanian yang ada, saya dan suami buka kedai kecil menjual makanan haiwan. Lokasinya di atas tanah pusaka keluarga. Kedai kecil, panas, pelanggan pun tak ramai. Nak dapat RM30,000 setahun pun susah.

Modal pun sedikit. Tak ada staf, tak ada kelengkapan. Banyak kerja terpaksa diserah pada orang luar sebab saya tak mampu urus sendiri. Tapi saya tetap teruskan. Saya selalu bisik pada diri sendiri:
“Kalau aku tak give up hari ni, mungkin esok hidup aku berubah.”

Jujurnya, saya buta IT. Handphone pun lama. Media sosial? Saya langsung tak tahu guna. Tapi dalam hati saya sedar, zaman dah berubah. Kalau saya tak belajar, saya akan terus ketinggalan.

Ogos 2024, saya ambil keputusan besar untuk masuk ke program Mastermind FunnelEvo. Inilah titik tolak yang betul-betul ubah hidup saya.

Alhamdulillah, perlahan-lahan saya mula berani guna media sosial. Saya belajar tulis copywriting sendiri dengan bantuan ChatGPT. Saya renovate kedai demi keselesaan pelanggan dan staf.

Saya tambah staf, ada team sales, marketer, dan dalam perancangan nak tambah lagi. Saya mula keluar dari operasi dan fokus sebagai pemimpin serta pemantau.

Team saya sekarang lebih harmoni. Operasi jalan, management pun teratur.

Hasilnya? Sales naik 2 kali ganda. Dari RM465,000 pada 2024, kini konsisten cecah 6 angka setiap bulan! Saya juga berjaya beli kereta idaman yang lebih besar untuk keluarga.

Saya bukan orang yang datang dari dunia senang. Saya bermula dari bawah, dengan tangan kosong, ilmu sifar, dan penuh ujian.

Tapi hari ini, saya sendiri jadi bukti satu perkara:

Kalau kita tak mampu ubah dunia, ubahlah diri kita dahulu. Bila kita berubah, dunia pun akan ikut berubah.

Kisah saya ini bukan tentang kesempurnaan. Ia tentang keberanian untuk mencuba, kecekalan untuk terus belajar, dan kepercayaan bahawa setiap orang layak berjaya — asalkan tak berhenti melangkah.

Saya selalu ingatkan diri sendiri:
“Saya bukan sesiapa. Tapi saya pilih untuk berubah. Dan perubahan itulah yang bawa saya ke sini hari ini.”

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Similar Posts