Bermula Dari Dropship, Kini Berjaya Punyai Kilang Produk Sendiri
Saya dulu hanyalah seorang suri rumah. Hidup saya sederhana, malah kadang-kadang sempit. Saya mula berniaga pada usia 27 tahun, menjual produk kosmetik secara dropship. Pada awalnya, saya hanya menjual kepada kawan-kawan dan saudara mara. Lama-kelamaan, saya memberanikan diri mempromosikan produk di Facebook.
Namun, tahun 2018 adalah titik paling gelap dalam hidup saya. Saya dikhianati oleh pekerja sendiri. Semangat saya jatuh, fokus hilang. Jualan bulanan ketika itu hanya cukup-cukup untuk membayar gaji staf dan hutang kereta. Suami saya pula terpaksa bekerja sampingan di malam hari, menghantar ayam segar ke kedai makan dan pasar.
Saya pernah sampai ke tahap hampir putus asa. Tapi saya juga seorang yang berani ambil risiko. Setiap peluang saya nilai betul-betul dan jika nampak hasilnya, saya tak teragak-agak untuk melabur. Hasil keberanian itu, saya pernah buat satu transaksi bernilai RM800,000 dalam satu invoice, momen itulah yang akhirnya melahirkan kilang saya sendiri.
Perubahan Selepas Sertai FunnelEvo
- Hidup dan bisnes saya mula berubah selepas saya menyertai FunnelEvo.
Saya belajar bahawa kejayaan bisnes bukan sekadar angka jualan yang besar, tetapi sistem dan margin yang kukuh. - Pengurusan Lebih Tersusun
Dulu banyak benda saya buat manual dan agak berterabur. Kini, operasi kilang saya lebih tersusun dengan SOP jelas dan laporan kewangan yang membantu saya pantau prestasi harian. - Fokus Pada Margin, Bukan Hanya Sales
Dulu saya cuma kejar angka jualan. Sekarang saya lebih fokus kepada keuntungan bersih, kos, dan pelaburan yang strategik. Saya mula faham pentingnya mengawal margin. - Keyakinan Membuat Keputusan Besar
Dengan data yang jelas, saya lebih yakin membuat keputusan untuk pelaburan dan pengembangan perniagaan. - Terkini saya berjaya buka kilang baru.
Alhamdulillah, bisnes saya kini lebih stabil dan berdaya tahan. Saya tidak lagi takut dengan angka turun naik kerana asas bisnes saya kukuh dan berstrategi.
“Dunia bisnes sentiasa berubah. Pelanggan kini mencari produk di hujung jari. Kalau kita tak kuasai ilmu digital, bisnes kita akan ketinggalan.
Jangan takut melabur pada ilmu. Ilmu inilah yang akan membezakan bisnes kita dari pesaing, malah menentukan sama ada kita mampu bertahan atau tenggelam.”
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!