Berhenti Kerja pada Usia 26 Tahun, Kini Konsisten Sales 6 Angka Sebulan, Alhamdulillah Berjaya Hit RM1 Juta Pertama Tahun 2025!

Sampai Bila Aku Nak Hidup Macam Ni?

Pernah tak satu hari…
saya terduduk lama, termenung, dan tanya diri sendiri:

“Sampai bila aku nak hidup macam ni?”

Soalan itu pernah menghimpit hidup saya.

Nama saya Saidatul Rohayu, dari Pasir Puteh, Kelantan.
Saya bukan datang dari keluarga senang. Saya hanyalah seorang wanita biasa yang suatu ketika dulu bekerja sebagai kerani di kilang simen.

Setiap hari saya ulang-alik jauh.
Setiap hari saya telan tekanan majikan.
Lama-lama, dada saya jadi sempit. Bukan sebab kerja berat tapi sebab jiwa yang penat.

Sampai satu tahap, saya sedar…
kalau saya teruskan hidup begini, saya bukan sekadar penat. Saya akan hilang diri sendiri.

Saya Berhenti. Walaupun Tak Tahu Apa Akan Jadi

Tahun 2010, umur saya baru 26 tahun.
Dengan keberanian yang ada, saya buat keputusan paling menakutkan dalam hidup: berhenti kerja.

Saya dan suami buka kedai kecil menjual makanan haiwan, atas tanah pusaka keluarga.
Kedainya panas. Pelanggan tak ramai. Nak dapat RM30,000 setahun pun payah.

Dengan modal kecil. Tak ada staf. Tak ada sistem. Banyak kerja terpaksa saya serah pada orang luar sebab saya sendiri tak mampu urus.

Tapi setiap kali hampir putus asa, saya selalu bisik pada diri sendiri:

“Kalau aku tak give up hari ni, mungkin esok hidup aku berubah.”

Saya Buta IT, Tapi Saya Tak Nak Terus Ketinggalan

Saya jujur. Saya buta IT. Saya guna telefon lama bukan smart phone. Media sosial langsung tak tahu guna.

Tapi dalam hati saya sedar satu perkara zaman dah berubah. Kalau saya tak belajar, saya akan terus tertinggal.

Ogos 2024 Saat Saya Pilih Untuk Berubah

Ogos 2024, saya buat satu keputusan besar iaitu masuk Program Mastermind FunnelEvo.

Di situlah cara fikir saya berubah.

Saya mula berani guna media sosial. Saya belajar tulis copywriting sendiri dengan bantuan ChatGPT. Saya renovate kedai demi keselesaan pelanggan dan staf.

Saya tambah staf. Saya bina team sales dan marketer.
Dan perlahan-lahan… saya mula keluar dari operasi harian dan fokus sebagai pemimpin.

Buat pertama kali, bisnes saya berjalan tanpa bergantung sepenuhnya pada saya.

Hasil Yang Saya Tak Pernah Bayangkan

Alhamdulillah…

Sales saya naik 2 kali ganda. Dari RM465,000 pada 2024, kini konsisten 6 angka setiap bulan.

Saya berjaya beli kereta idaman yang lebih besar untuk keluarga.
Team saya kini lebih harmoni.
Operasi dan pengurusan semakin tersusun. Dan Saya juga berjaya hit RM1 juta pertama yang sebelum ni saya anggap hanya angan-angan.

Saya bermula dari reban ayam. Hari ini, saya ada gudang proses dan kabinet dapur sendiri.

Ini Bukan Kisah Sempurna. Ini Kisah Keberanian Saya.

Saya bukan orang hebat. Saya bermula dengan tangan kosong. Ilmu sifar. Dan penuh ujian.

Tapi hari ini saya percaya satu perkara

Kalau saya tak mampu ubah dunia, saya ubah diri saya dulu.
Bila saya berubah, dunia saya pun ikut berubah.

Kisah ini bukan tentang kesempurnaan.
Ia tentang keberanian untuk mencuba,
kecekalan untuk terus belajar,
dan kepercayaan bahawa saya juga layak berjaya asalkan saya tak berhenti melangkah.

Saya selalu ingatkan diri saya

“Saya bukan sesiapa.
Tapi saya pilih untuk berubah.
Dan perubahan itulah yang bawa saya ke sini hari ini.”

Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !