Berapa Nak Letak Bajet Pemasaran Bulanan?

Kenapa Peruntukkan Bajet Marketing Itu Penting dalam Perniagaan?

Bila bercakap tentang perniagaan, salah satu benda yang sangat penting adalah marketing atau pemasaran. Kalau salah bajet, perniagaan boleh terjejas, tapi kalau betul bajetnya, ia boleh bantu bawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Biasanya, banyak orang cadangkan untuk allocate 15% hingga 30% dari jumlah jualan untuk pemasaran. Tapi, tak semestinya semua orang kena ikut angka tu. Ada beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi jumlah yang kita perlu spend.

Jom kita tengok apa yang mempengaruhi peratusan pemasaran, dan macam mana kita boleh maksimakan keuntungan dengan bajet yang ada.

Apa yang Mempengaruhi Peruntukan Bajet Marketing?

1. Margin Keuntungan Produk.

Margin keuntungan ni maksudnya berapa banyak keuntungan yang kita dapat dari setiap produk yang dijual. Kalau margin keuntungan tinggi, kita boleh spend lebih pada marketing sebab masih ada untung yang cukup. Tapi kalau margin rendah, kita kena berhati-hati supaya tak over-spend pada pemasaran dan masih dapat untung yang cukup.

2. Kos Operasi Perniagaan.

Kos operasi ni merujuk kepada semua kos yang terlibat untuk menjalankan perniagaan. Jika kos operasi tinggi, kita mungkin kena kurangkan sedikit peruntukan marketing untuk pastikan kewangan perniagaan tetap stabil. Sebaliknya, kalau kos operasi rendah, kita boleh bagi lebih ruang untuk bajet marketing.

3. Matlamat dan Strategi Pemasaran.

Penting untuk tengok di mana perniagaan anda berada. Kalau anda baru nak mula atau nak berkembang, mungkin anda perlu spend lebih untuk pengenalan jenama. Bila perniagaan dah lebih stabil, kita boleh kurangkan sedikit bajet pemasaran, tetapi kena pastikan strategi tetap berkesan.

Sales Funnel: Cara Bijak untuk Maksimakan Keuntungan.

Kalau kita nak guna bajet pemasaran dengan bijak, kita kena faham konsep sales funnel. Sales funnel ni adalah proses yang membawa pelanggan dari mengenali produk kita sehingga akhirnya mereka beli. Dengan funnel yang betul, kita boleh tingkatkan jualan walaupun peruntukan pemasaran kita tak besar.

1. Fasa Pertama: Tarik Pelanggan Baru.

Pada peringkat awal, tujuan utama pemasaran adalah untuk tarik perhatian orang. Produk pertama yang kita jual mungkin hanya cukup untuk cover kos iklan je, tapi yang penting kita dapat bawa pelanggan untuk kenal lebih lanjut tentang brand kita. Guna saluran seperti media sosial atau iklan berbayar untuk tarik pelanggan baru.

2. Fasa Kedua: Gunakan Upsell untuk Tambah Keuntungan.

Selepas pelanggan beli produk pertama, kita boleh gunakan strategi upsell untuk tawarkan produk tambahan yang lebih bernilai. Dengan cara ni, kita boleh tingkatkan keuntungan tanpa perlu spend lebih banyak pada marketing. Upsell adalah peluang untuk jual lagi pada pelanggan yang dah berminat dengan produk kita.

Menentukan berapa banyak yang patut kita spend pada marketing bukanlah satu keputusan yang mudah, tapi biasanya sekitar 15% hingga 30% dari jumlah jualan adalah angka yang baik untuk bermula. Tapi yang penting adalah pastikan kita fikirkan faktor-faktor seperti margin keuntungan dan kos operasi, serta sentiasa ada strategi yang bijak macam sales funnel dan upsell untuk maksimakan keuntungan. Dengan cara tu, walaupun bajet marketing kita tak besar, kita tetap boleh berjaya dalam perniagaan.

Sesi ini di petik khas dari sesi Amazing Breakfast FunnelEvo bersama Tuan Rahman Basri, Marketing Specialist.

Nak dapatkan lebih banyak ilmu dan tips bisnes? Pastikan anda daftar ke daftar di amazingfounder.com sekarang! Jangan bertangguh lagi usahawan.

Jumpa di Amazing Founder!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !