Kalau anda tengah fikir nak tukar dari Enterprise ke Sdn Bhd, penting untuk faham beberapa kriteria dan sebab utama kenapa perubahan ni boleh bawa kebaikan pada bisnes anda. Jom kita tengok satu persatu!
1. Keuntungan Bersih yang Konsisten.
Nak tukar ke Sdn Bhd? Pastikan bisnes anda dah untung stabil dulu. Contohnya, kalau keuntungan bersih anda cecah sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan selama setahun, itu tanda yang bisnes anda mampu tanggung kos tambahan dan cukai yang datang dengan status Sdn Bhd ni. Jadi, kira balik untung bersih anda dan pastikan cukup sebelum buat keputusan besar ni.
2. Pengurusan Akaun yang Kemas dan Teratur.
Bab kewangan ni jangan buat main. Bila jadi Sdn Bhd, semua kena lebih tersusun sebab perlu ikut undang-undang percukaian yang lebih ketat. Akaun perniagaan perlu lengkap dan telus, jadi kalau anda tak biasa urus akaun dengan baik, mungkin perlu dapatkan khidmat akauntan profesional.
3. Imej Profesional dan Keperluan Korporat.
Kalau anda nak berurusan dengan syarikat besar atau institusi kewangan, jadi Sdn Bhd memang langkah yang bijak. Imej Sdn Bhd nampak lebih profesional dan meyakinkan. Ramai syarikat besar lebih selesa berurusan dengan Sdn Bhd sebab faktor keselamatan urus niaga yang lebih baik.
4. Perlindungan Liabiliti Terhad.
Salah satu kelebihan paling best jadi Sdn Bhd ialah perlindungan liabiliti terhad. Kalau ada masalah kewangan atau isu undang-undang, aset peribadi anda sebagai pemilik takkan terjejas. Ini sangat berbeza dengan Enterprise di mana anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hutang syarikat.
5. Kemudahan Mengumpul Modal.
Sebagai Sdn Bhd, lebih senang untuk tarik pelabur atau mohon pinjaman perniagaan. Anda boleh terbitkan saham dan guna struktur ni untuk kembangkan bisnes dengan lebih efektif.
Kesimpulannya, tukar dari Enterprise ke Sdn Bhd adalah langkah yang strategik terutamanya kalau bisnes anda makin berkembang. Tapi, pastikan anda dah betul-betul bersedia dari segi kewangan dan faham tanggungjawab yang datang dengan perubahan ni. Dengan perancangan yang rapi, anda boleh bawa bisnes ke tahap yang lebih tinggi!
Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.
Rebut peluang hadir ke Amazing Founder:Grow Bisnes Lebih Laju! Kami kongsikan teknik untuk tarik perhatian, bina hubungan pelanggan yang kukuh, dan kekalkan permintaan sepanjang musim perayaan.
Daftar ke Amazing Founder sekarang!