Ramai usahawan baru buat silap yang sama — tiada sistem rekod kewangan yang kemas. Akibatnya, susah nak tahu untung-rugi sebenar, terlepas bayar cukai, dan akhirnya perniagaan boleh lingkup tanpa disedari. Jangan jadi salah seorang daripada mereka.
Jika anda baru mula berniaga, ini langkah asas yang anda wajib ambil untuk pastikan kewangan bisnes anda tersusun dari awal:
1. Wujudkan Sistem Akaun Lengkap (Full Set of Account)
Sistem akaun lengkap bermaksud anda ada rekod penuh semua transaksi – jualan, kos, perbelanjaan, aset dan liabiliti. Anda boleh gunakan perisian akaun seperti SQL, AutoCount, Wave, atau QuickBooks. Jika belum mampu, boleh mulakan dengan Excel, tapi pastikan ada format yang betul.
2. Pastikan Akaun Ada Balance & Tally
Setiap sen yang masuk dan keluar mesti direkodkan. Jika akaun tak balance (contohnya jumlah bank tak sama dengan rekod dalam buku), ini petanda ada masalah – sama ada duit bocor atau transaksi tak direkodkan. Akaun yang tally memudahkan proses audit dan pengiraan cukai.
3. Fahami Struktur Asas Dalam Kewangan Perniagaan
Jangan biarkan akauntan sahaja yang faham. Anda sebagai pemilik bisnes juga perlu tahu perkara asas berikut:
- Jualan (Sales): Semua pendapatan dari pelanggan
- Kos Jualan (COGS): Kos langsung untuk hasilkan produk/jual perkhidmatan (contoh: bahan mentah)
- Untung Kasar = Jualan – COGS
- Perbelanjaan (Expenses): Kos tetap dan berubah seperti sewa, gaji, bil elektrik
- Untung Bersih = Untung Kasar – Expenses
Dengan struktur ini, anda boleh nilai kesihatan bisnes anda setiap bulan.
4. Rekod Semua Transaksi, Termasuk Tunai
Jangan abaikan transaksi tunai walaupun kecil. Setiap RM1 yang keluar masuk perlu dicatat. Ramai usahawan gagal kerana duit keluar masuk tidak direkodkan – akhirnya, tak tahu ke mana duit bisnes ‘hilang’.
5. Urus Cukai & Zakat Berdasarkan Rekod Yang Tepat
Bila kewangan anda tersusun, lebih mudah untuk buat taksiran cukai (LHDN) dan zakat perniagaan. Anda juga boleh elak denda lewat bayar dan audit dari pihak berkuasa.
Kesimpulan:
Kalau anda serius nak bangunkan bisnes yang kukuh dan tahan lama, bermula dengan sistem kewangan yang baik adalah kunci utama. Jangan tunggu bisnes besar baru nak kemas akaun — mulakan sekarang, walaupun kecil. Bisnes yang kecil tetapi terurus lebih bagus daripada bisnes besar yang lintang-pukang.
“Berniaga tanpa akaun umpama naik kapal tanpa kompas. Anda mungkin bergerak, tapi tak tahu ke mana arah sebenar.”

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.
Nak Bisnes Anda Terus Berkembang? FunnelEvo Ada Jawapannya!
Serius nak capai jualan RM1 juta pertama hingga RM10 juta?
Kami di FunnelEvo sedia membantu anda dengan Business Review yang khas untuk usahawan seperti anda. Inilah peluang untuk dapatkan bimbingan eksklusif dari pakar-pakar kami yang sudah terbukti berjaya!
Apa yang anda dapat?
- Sesi Business Review PERCUMA!
- Panduan langkah demi langkah untuk melonjakkan jualan.
- Teknik dan strategi untuk meningkatkan hasil bisnes secara konsisten.
Berminat?
Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk sesi Business Review secara percuma bersama team FunnelEvo. Cuma beberapa langkah sahaja lagi untuk bisnes anda berkembang lebih pesat!