Saya Nik Nor Ashikin, pengusaha NickActive di bawah IKHTIAR JAYA RESOURCES Enterprise. Alhamdulillah, saya nak kongsikan beberapa perkembangan bisnes kami bersama keluarga FunnelEvo.
Kempen “Beli dan Menang” yang kami jalankan dari 18 April hingga 30 Jun 2026 baru sahaja dilancarkan selama lima hari ketika perkongsian ini dibuat. Syukur, jualan harian sudah mencapai sasaran RM5,000 hingga RM7,000 sehari.
Bagi saya, pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mengembangkan bisnes.
Alhamdulillah, butik pakaian jururawat dan uniform kami di Kelantan juga sudah beroperasi. Dalam masa yang sama, kami menerima tempahan uniform kerja bernilai 6 angka daripada sebuah hospital swasta.
Satu amanah besar untuk kami siapkan sebaik mungkin. Tempahan T-shirt sublimation pula sudah mencapai 3,000 helai sebulan. Kini, kami sedang mengusahakan projek uniform scrub yang masih dalam peringkat menghasilkan pola. Satu demi satu perkembangan ini saya syukuri. Masih banyak yang perlu diusahakan, tetapi setiap kemajuan memberi kami semangat untuk terus melangkah.
Dalam kesibukan mengejar sasaran bisnes, ada perkara yang saya sentiasa cuba jaga. Solat sunat Dhuha dan bacaan al-Mathurat menjadi amalan harian yang saya usahakan untuk tidak tinggal. Begitu juga dengan keluarga dan anak-anak.
Walaupun ibu ayah sibuk bekerja, saya percaya kita tetap perlu cari masa untuk gembirakan mereka. Sesekali belikan apa yang mereka suka, bawa berjalan atau bercuti bersama.
Saya juga pesan kepada anak-anak, doakan perniagaan ibu ayah terus maju dan dipermudahkan urusan.
Kita bekerja untuk membahagiakan keluarga. Jangan sampai terlalu sibuk membina bisnes, kita terlupa meluangkan masa dengan mereka.
Alhamdulillah atas setiap rezeki dan kemajuan ini. Semoga perkongsian saya bersama keluarga FunnelEvo menjadi semangat buat usahawan lain untuk terus berikhtiar, menjaga amalan dan menghargai keluarga sepanjang perjalanan membina bisnes.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
