Setiap usahawan mempunyai kisah perjuangan tersendiri, dan perjalanan Tuan Muaz dalam dunia perniagaan adalah salah satu kisah yang penuh inspirasi dan ketabahan. Dari seorang krew kapal selama 13 tahun, beliau kini menjadi pemilik Muaz Lighting Gallery, sebuah kedai lampu perhiasan yang berkembang pesat.
Tuan Muaz memulakan kerjayanya sebagai seorang krew kapal, memegang jawatan sebagai 2nd Engineer dalam dunia maritim. Namun, pekerjaan ini menuntut beliau untuk sentiasa berada di luar negara dan jauh daripada keluarga. Setelah 13 tahun mengharungi lautan, keinginan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga serta dekat dengan ibu bapa mendorong beliau untuk mengambil keputusan besar: berhenti kerja dan mula berniaga pada usia 33 tahun.
Keputusan ini bukan sesuatu yang mudah. Beliau terpaksa meninggalkan kerjaya yang stabil dan berdepan dengan cabaran yang tidak dijangka.
Saat Paling Struggle: Dari Tiada Wang ke Usahawan Berjaya.
Perjalanan Tuan Muaz ke dunia perniagaan penuh dengan dugaan. Salah satu saat paling mencabar dalam hidupnya adalah apabila beliau diberi dua pilihan oleh majikan: menerima pertukaran tempat kerja atau menghantar surat berhenti kerja. Kerana ingin menegakkan kebenaran, beliau memilih untuk melepaskan jawatannya.
Tanpa pendapatan tetap, Tuan Muaz terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menampung keluarga. Beliau pernah menjadi buruh kasar, mesin rumput, pemandu lori, melakukan kerja welding dan mengecat rumah. Pernah satu ketika, beliau hanya mempunyai RM4 dalam dompet, tidak mampu membeli susu untuk anak. Saat inilah beliau mengenal siapa sahabat sejati yang membantunya keluar daripada kesusahan.
Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya. Dengan keazaman dan doa, beliau mula menawarkan servis pemasangan lampu dan kipas sebagai langkah pertama dalam dunia keusahawanan.
Langkah Pertama Dalam Perniagaan.
Produk pertama yang diperkenalkan oleh Tuan Muaz adalah servis pemasangan lampu dan kipas di kawasan Bandar Baru Setia Awan Perdana, Sitiawan, Perak.
Namun, pengalaman pertamanya dalam dunia perniagaan tidak semudah yang disangka. Salah satu kejadian yang tidak dapat dilupakan adalah apabila beliau dituduh mencuri barangan rumah pelanggan. Pemilik rumah membuat laporan polis dan menabur fitnah terhadapnya. Kes ini akhirnya selesai setelah beliau mendapatkan khidmat peguam.
Tidak hanya itu, beliau juga menghadapi cabaran besar apabila pembekal enggan bekerjasama kerana ditekan oleh pesaing yang tidak mahu beliau bersaing dalam industri. Walaupun tertekan, beliau tidak berputus asa dan terus mencari jalan untuk mendapatkan stok.
Kehebatan Ilmu dan Transformasi Selepas Sertai Mastermind.
Tak mahu terus bergelut tanpa ilmu , Tuan Muaz buat keputusan untuk menyertai program Mastermind yang telah membawa perubahan besar dalam perniagaannya. Beberapa pencapaian utama selepas menyertai program ini termasuk:
✅ Lonjakan Sales – Daripada RM500 ribu pada pada tahun 2023 kepada RM1 juta pettama pada tahun 2024. Pertama kali mencapai jualan RM1 juta!
✅ Rancangan Buka Cawangan Kedua – Dengan strategi yang lebih jelas,Tuan Muaz kini dalam perancangan untuk membuka cawangan kedua pada bulan Jun 2024.
✅ Pasukan yang Lebih Terarah – Selepas menyertai program ini, staf beliau lebih memahami misi dan visi syarikat.
Masing-masing jelas dengan skop kerja serta KPI yang perlu dicapai.
Keputusan untuk menuntut ilmu digital dan strategi pemasaran yang betul menjadikan Muaz lebih yakin dalam mengembangkan perniagaannya ke tahap seterusnya.
Pesanan Tuan Muaz kepada Usahawan.
“Dulu bisnes bergantung pada kaedah konvensional, tapi zaman dah berubah. Ilmu digital dalam bisnes sangat penting jika kita nak berkembang dan bersaing. Jangan takut untuk belajar, sebab inilah yang akan bantu kita pergi lebih jauh.”
Kisah Muaz Bin Jamaludin adalah bukti bahawa dengan semangat, ilmu, dan tindakan yang betul, sesiapa sahaja mampu mengubah kehidupan mereka. Dari seorang krew kapal yang pernah mengalami kesusahan sehingga tiada wang untuk membeli susu anak, kini beliau adalah pemilik sebuah perniagaan yang sedang berkembang pesat.
Bagi usahawan lain yang sedang berjuang, kisah ini memberi satu pengajaran penting: Jangan pernah berputus asa, kerana kejayaan sentiasa menanti bagi mereka yang tidak berhenti berusaha.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!