Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Bagaimana Royal Albert Hall, London Kutip £325 Juta Pound Sterling Jual Barang Tak Wujud?

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Saya pernah berpeluang pusing-pusing satu kota London. Backpack, suka hati nak ke mana. Tak ada pemandu pelancong. Yang ada cuma saya, adik, mak & Google maps.

Dulu biasa tengok dalam movie dan baca dalam buku, tapi sekarang betul-betul ada depan mata. London!

Satu tempat yang dicatat dan wajib kami pergi adalah ke Royal Albert Hall. Tempat yang sangat gah untuk para karyawan mempersembah hasil seni mereka. (Termasuk artis kegemaran mak saya, Siti Nurhaliza).

Royal Albert Hall ni betul-betul berada di depan Hyde Park. Dari depan tak nampak gah sangat. Belakang baru nampak hebat. (Gambar saya ambil dari belakang, betul-betul berhadapan Royal Collage of Music, London).

Kami bayar £15 pound (lebih kurang RM85.50 pada waktu itu) seorang untuk masuk ke dalam Royal Albert Hall. Ada tourist guide yang bawa kami dan bagi penerangan.

Luar nampak biasa, tapi bila kat dalam, fuhhh! Prestige habis! Tapi sayang, tak boleh ambil gambar dari dalam.

Sound sistem masyaAllah… Hebat!

Tapi yang paling menarik pada saya adalah bagaimana tempat ini dibina. Ia dibina oleh kerabat diraja di tapak yang ada sekarang lebih kurang 145 tahun dulu.

Pembinaan memerlukan kos yang sangat besar. Jadi pemerintah pada ketika itu yang kekurangan wang terpaksa mencari jalan alternatif untuk mendapatkan modal pembiayaan projek Royal Albert Hall ini.

——–

Apa yang dilakukan untuk pembiayaan Royal Albert Hall?

Saya pertama kali dengar ‘rahsia’ ini, memang terkejut! Terkejut tapi tidak mustahil untuk dilakukan. Dan ianya adalah satu langkah yang amat bijak.

Apa yang raja pada ketika itu adalah menjual SEAT/KERUSI dalam dewan ini walaupun pembinaan belum bermula.

Dengan erti kata lain, beliau menjual barang ghaib dan tak wujud!

Yang ada hanyalah plan dewan yang dilukis & ditambah dengan nilai kepercayaan kepada si pembuat.

Satu seat/kerusi dijual pada harga £100 (Sekarang nilainya £250,000 satu seat/kerusi).

Si pembeli akan memperoleh unlimited access/tiket untuk setiap show yang akan dibuat di Royal Albert Hall selama 999 tahun. Yes, 999 tahun!

Hampir 1000 tahun.

Dan kalau tak sempat habis, boleh wariskan kepada pewaris.

Dan hanya 1300 seat/kerusi di buka untuk cukupkan nilai £130,000 atau £325,000,000 pada hari ini.

——–

Apa pengajaran yang anda dapat daripada sejarah Royal Albert Hall?

1. Bertindak cepat! Nilai £100 dulu sekarang dah £250,000. Saya percaya, siapa yang ambil peluang ketika itu, anak cucu dan mereka sendiri dah menikmatinya hari ini.

2. Untuk buat bisnes, tak semestinya anda sudah ada produk/service. Anda mungkin hanya perlu perlukan minda dan ‘cipta’ sesuatu yang ghaib tetapi menyelesaikan masalah orang. Orang sanggup bayar!

3. Bina Database HARI INI! 1300 orang yang membeli seat di Royal Albert Hall ini sanggup melabur £100 walaupun tidak mengetahui hasil akhir adalah kerana mereka sudah percaya kepada si pembuat. Dan ini pastinya kerana mereka sangat kenal dengan si pembuat dan mereka sudah ada dalam DATABASE si pembuat jauh sebelum perancangan Royal Albert Hall.

——–

Kesimpulannya

Database dalam bisnes sangat penting! Yang menentukan bisnes itu berjaya dan boleh pergi sangat jauh datang daripada database yang dikumpul dan digunakan sebaiknya. Daripada situ anda boleh create awareness dan bina hubungan supaya mereka lebih mengenali anda dan yang paling penting ‘Trust’ kepada anda.

Nak mulakan bisnes tak semestinya mempunyai produk atau service, tapi anda boleh mulakan dengan beri kesedaran kepada orang ramai terlebih dahulu sebelum menjual. Dan ini akan memberikan impak yang sangat besar dalam bisnes anda.

Semoga daripada cerita ini anda dapat contohi Royal Albert Hall untuk bangunkan bisnes anda melalui Database yang anda bina untuk majukan bisnes anda. Kalau anda rasa cerita ini menarik untuk dikongsikan, silakan SHARE tanpa segan silu ye..

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!