APEX BUSINESS SUMMIT IX – FUNNELEVO 2025

“Mindset Shift 2026”

PUTRAJAYA, 27–29 Oktober 2025 – FunnelEvo Group of Companies telah menganjurkan
APEX BUSINESS SUMMIT IX, sebuah persidangan perniagaan eksklusif yang
menghimpunkan lebih 162 pengasas syarikat dari seluruh Malaysia dengan fokus utama
memperkukuh strategi pertumbuhan menjelang tahun 2026.

Majlis ini turut menampilkan tokoh media tersohor, Dato’ (Dr.) Hussamuddin Yaacub, Penasihat
Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd, sebagai tetamu kehormat dan penceramah utama.

KATA DATO’ HUSSAMUDDIN YAACUB: “DUNIA PERNIAGAAN PERLU NILAI
DAN VISI”
Dalam ucapannya, Dato’ (Dr.) Hussamuddin Bin Hj. Yaacub menekankan pentingnya nilai
dan integriti dalam dunia perniagaan moden. Beliau berkata,

“Bisnes yang berjaya bukan sekadar tentang angka dan keuntungan, tetapi tentang
membina pengaruh dan meninggalkan kesan yang baik kepada masyarakat.
Dunia kini perlukan lebih ramai usahawan yang bukan hanya hebat berniaga, tetapi juga
membawa nilai dan visi untuk memperbaiki ekosistem manusia.”

Beliau turut memuji usaha FunnelEvo sebagai antara organisasi yang konsisten membimbing
ribuan usahawan tempatan ke arah pembangunan struktur dan kepimpinan yang mampan.
VISI CHAIRMAN FUNNELEVO – TUAN FAHDI GHAZALI

Dalam amanatnya, Tuan Fahdi Ghazali, Chairman Funnelevo Group, menegaskan bahawa visi
utama syarikat ialah untuk menaikkan standard bisnes tempatan agar mampu bersaing di
peringkat global menjelang 2026 melalui inisiatif besar bertajuk “Raise Your Business
Standard 2026.”

Beliau menjelaskan,

“Kita tidak mahu usahawan Malaysia hanya hebat menjual, tapi lemah mengurus.
Funnelevo hadir untuk melahirkan generasi pengasas bisnes yang berfikir seperti
pemimpin, berstrategi, berstruktur dan berimpak. Tahun 2026 bukan lagi tentang survival,
tapi tentang standard baru dalam dunia bisnes.”

MENGENAI FUNNELEVO GROUP OF COMPANIES

FunnelEvo ialah kumpulan syarikat yang memberi fokus kepada pembangunan usahawan
melalui strategi digital, kepimpinan organisasi dan pertumbuhan mampan. Dengan lebih 12,000
usahawan dibimbing sejak 2016, FunnelEvo kini dikenali sebagai peneraju dalam konsultasi
perniagaan dan bimbingan bisnes berstruktur.

SERUAN KEPADA PENDIRI BISNES

Sebagai kesinambungan kepada kejayaan APEX BUSINESS SUMMIT IX, Funnelevo
menjemput semua pendiri bisnes untuk hadir ke program utama akhir tahun

“AMAZINGFOUNDER: RAISE YOUR BUSINESS STANDARD”

yang akan berlangsung pada: 26 & 27 November 2025 di iDCC Shah Alam

Program ini akan menghimpunkan lebih ramai pengasas bisnes untuk bersedia menghadapi
tahun 2026 dengan strategi sebenar yang merangkumi kepimpinan, pemasaran, pengurusan,
dan sistem operasi.

“Inilah masanya untuk anda naik taraf cara berfikir, cara memimpin, dan cara mengurus
bisnes” – Tuan Fahdi Ghazali, Chairman FunnelEvo.

Rebut peluang daftar di Amazingfounder.com atau hubungi Tuan Azlan – 601112227537 untuk
maklumat lanjut

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !