Ramai usahawan kecil dan sederhana (PKS) kini tersepit di tengah-tengah. Pelanggan lambat bayar, supplier pula minta duit cepat. Akhirnya, cashflow tersekat, stok tak boleh ditambah, dan bisnes terpaksa ‘tahan nafas’ untuk terus hidup.
Situasi ini bukan luar biasa. Malah, ia berlaku hampir setiap hari dalam banyak bisnes retail, borong, F&B, servis, malah bisnes ejen sekalipun. Isunya bila terlalu bergantung kepada aliran tunai dari pelanggan untuk bayar komitmen, bisnes jadi rapuh.
Apa yang sebenarnya berlaku?
Pelanggan ambil tempoh bayaran 30–60 hari, tapi supplier nak bayaran dalam 7 hari. Ada yang tak bagi stok langsung kalau bayaran lama. Bila pelanggan tak bayar tepat masa, kita pun tak ada modal untuk beli stok baru. Bila tak ada stok, jualan jatuh. Bila jualan jatuh, makin susah nak bayar komitmen lain. Rantaian ini terus berulang — sehingga bisnes ‘lemas’.
Apa puncanya?
Pertama, tiada sistem kawalan kredit pelanggan. Semua pelanggan diberi kepercayaan, tapi tiada had, tiada reminder, tiada tindakan jika gagal bayar.
Kedua, terlalu bergantung pada jualan tertangguh. Tiada dana kecemasan, tiada ‘buffer’ modal pusingan. Semua duit hasil jualan digunakan untuk kos operasi harian.
Ketiga, ramai usahawan tiada sistem akaun yang jelas. Tak tahu siapa hutang berapa, siapa dah overdue, dan bila sepatutnya follow-up. Ramai hanya sedar bila akaun bank tinggal kosong.
Apa jalan keluar?
Pertama sekali buat sistem kawalan kredit. Tetapkan had kredit pelanggan, nyatakan tempoh bayaran secara bertulis, dan berani tegas bila pelanggan gagal ikut syarat.
Kedua, bina tabung rolling. Setiap kali dapat bayaran, asingkan 10–20% sebagai buffer untuk pusingan stok. Jangan sentuh duit ini kecuali untuk beli stok sahaja.
Ketiga, guna software akaun atau sekurang-kurangnya spreadsheet khas untuk track hutang pelanggan dan bayaran kepada supplier. Data ini penting untuk buat keputusan kewangan.
Akhir sekali, jangan takut bincang dengan supplier. Ramai supplier sanggup bagi kelonggaran jika kita jujur dan ada track record baik. Tapi jangan berdiam diri sampai mereka hilang kepercayaan.
Bisnes yang sihat bukan bisnes yang banyak jualan, tapi bisnes yang tahu urus duit keluar masuk dengan bijak. Bila cashflow stabil, semua keputusan lain jadi lebih tenang dan lebih untung.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!