Apa beza Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan?

Sebelum pergi lebih jauh tentang perbezaan Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan, sebagai rakyat Malaysia kita perlu tahu dahulu tentang sejarah perbentukan Malaysia.

Pada 31 Ogos 1957 Perdana Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada British. Hari Kemerdekaan Malaysia juga dikenali sebagai Hari Merdeka. Perdana Menteri pertama melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali dan upacara diteruskan dengan majlis mengibarkan Bendera Negara Malaya dan lagu kebangsaan ‘Negaraku’.

Perbezaan hari merdeka & hari Malaysia.

Selepas Hari Merdeka, terdapat beberapa perjanjian dan perbincangan antara pemimpin negara. Bagi mengukuhkan kedudukan persekutuan Tanah Melayu menentang anasir luar, Tunku Abdul Rahman mencadangkan penggabungan tiga (3) negara jiran: Borneo Utara (kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak dan Singapura. Kemuncak rundingan itu ialah gabungan empat (4) wilayah ini untuk membentuk sebuah negara baru bernama Malaysia pada 16 September 1963.

Hari Merdeka disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Manakala, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.  

Sedikit info sejarah, pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Jadi di kesempatan ini kami di FunnelEvo ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia yang ke-60! 

Terima kasih Malaysia di atas nikmat keamanan dan kebebasan  yang telah dikecapi selama ini. Bersamalah kita menjaga keamanan dan keharmonian kita semua. Insya-Allah. 

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!