ADA MAJIKAN BISNES KENA WARDED LEPAS PUASA SEBAB STRESS DAN PENING KEPALA TENGOK CASHFLOW!

Berniaga-berniagalah, tapi jangan sampai lepas raya, majikan bisnes kena warded sebab stress dan pening kepala!

Bulan puasa ni, duit masuk laju, pelanggan beratur panjang, rider GrabFood sampai berpeluh-peluh. Tapi, kalau tak kawal cashflow, bisnes boleh nampak kaya sebulan je, lepas raya tinggal hutang dan kepala pening. Jangan jadi macam tu.

Ini 5 strategi penting supaya duit yang masuk bukan sekadar lalu, tapi betul-betul jadi keuntungan yang boleh tampung bisnes jangka panjang.

1. Jangan ‘Belanja Sakan’ Macam Nak Raya Setiap Hari

Ramai owner F&B rasa macam nak upgrade semua benda bulan puasa ni. Tukar packaging fancy, tambah menu baru, hias kedai macam dalam drama TV. Masalahnya, semua ni makan kos, dan kalau tak dikira betul-betul, hujung bulan baru sedar duit habis entah ke mana.

Apa nak buat?

  • Fokus pada kos yang bagi pulangan langsung. Kalau pelanggan tak kisah bekas biasa, tak perlu nak fancy sangat.
  • Tak perlu menu baru kalau yang sedia ada pun dah power. Nanti pening kepala dengan stok dan pembaziran.
  • Beli bahan mentah ikut forecast jualan. Jangan simpan stok sampai separuh rosak sebab overconfident.

2. Jangan Main Sedap Hati Letak Harga – Pastikan Ada Untung Setiap Pinggan.

Ramai owner F&B suka letak harga ikut harga kedai sebelah. “Dia jual RM15, aku jual RM14.90 je, confirm pelanggan datang kat aku!” Lepas tu, jualan tinggi, tapi hujung bulan rasa macam kerja free.

Nak elak bisnes jadi charity program?

  • Kira betul-betul kos setiap menu. Dari bahan mentah, gas, gaji pekerja, sampailah ke plastik bungkus.
  • Pastikan ada margin sekurang-kurangnya 30-50%. Kalau bahan naik harga, jangan takut untuk naikkan harga dengan strategi yang betul.
  • Gunakan teknik ‘bundle deal’ atau ‘add-on’ supaya pelanggan belanja lebih dalam satu order

3. Duit Masuk Banyak, Tapi Tak Nampak? Jangan Sampai Cashflow Bocor!

Bulan puasa ni duit masuk tak berhenti. Tapi pelik, hujung bulan akaun bank kering. Mana pergi semua duit? Biasanya sebab cashflow bocor kat tempat yang tak disangka.

Cara nak elak ‘duit ghaib’:

  • Asingkan duit ikut kategori. Contoh: 40% untuk kos operasi, 30% untuk stok, 20% simpanan, 10% untung bersih.
  • Jangan boros buat promosi tanpa kira untung. Tak salah buat diskaun, tapi pastikan masih untung.
  • Gaji pekerja jangan bayar ikut ‘rasa’. Pastikan ada sistem kiraan yang adil dan ikut bajet.

4. Tenaga Kerja Jangan Terlalu Ramai, Jangan Terlalu Kurang – Kena Bijak Urus Gaji.

Bulan puasa ni pekerja pun letih, tapi kalau tenaga kerja terlalu ramai, kos gaji boleh makan semua keuntungan. Kalau kurang pekerja pula, pelanggan panas hati sebab servis lambat.

Macam mana nak balance?

  • Gunakan part-time staf untuk waktu puncak. Tak perlu hire ramai untuk sepanjang bulan.
  • Latih pekerja supaya lebih efisien. Contoh, pastikan mereka tahu cara handle pesanan dengan cepat.
  • Bagi insentif ikut prestasi. Bukan semua orang perlu gaji tetap tinggi, bagi bonus ikut pencapaian supaya mereka lebih produktif.

5. Lepas Raya Jangan ‘Tutup Kedai’ Terus – Pastikan Bisnes Masih Bergerak.

Ramai peniaga anggap habis Ramadan, bisnes pun rehat panjang. Padahal lepas raya pun boleh terus jana duit kalau ada strategi yang betul.

Apa nak buat lepas raya?

  • Guna database pelanggan bulan puasa untuk buat follow-up. Tawarkan menu baru atau diskaun khas untuk pelanggan setia.
  • Habiskan stok lebihan dengan promosi post-raya. Jangan biarkan bahan mentah terbazir.
  • Rancang kempen jualan pasca-raya. Contoh: “Masih Rindu Makanan Raya? Kami Ada Menu Khas Untuk Anda!”

Duit Banyak Tak Guna Kalau Tak Ada Untung!

Bulan puasa dan raya memang boleh jadi lubuk duit, tapi kalau tak diurus dengan betul, bisnes boleh ‘mampus’ sebulan lepas raya. Ingat, jualan tinggi tak bermakna untung tinggi kalau kos tak dikawal, margin nipis, dan cashflow bocor.

Gunakan strategi yang betul supaya bisnes F&B bukan sekadar survive bulan Ramadan, tapi terus berkembang sepanjang tahun.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !