Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Case Study : Rahsia Jualan Spa Melonjak Dari RM20,000 ke RM200,000 Dalam Masa 3 Bulan


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Perniagaan Saffah Herbs Beauty Recipe Spa berjaya menjana jualan sehingga RM200,000 sebulan setelah mempelajari dan menggunakan teknik dan strategi database marketing dan Integrated Digital Marketing setelah menyertai program Funnel Hackers anjuran Akademi FunnelEvo.

RESIPI KECANTIKAN TURUN TEMURUN

Mohd. Ezrai, 20 tahun merupakan anak sulung kepada Puan Fauziah, Pengasas Saffah Herbs Beauty Recipe Spa yang kini memikul tanggungjawab untuk mengembangkan lagi perniagaan keluarga ini.

Perniagaan Saffah Herbs Beauty Recipe Spa ditubuhkan sejak tahun 1990 oleh Puan Fauziah berkonsepkan spa tradisional yang menggunakan resipi herba arwah nenek beliau sendiri iaitu Puan Saffah.

Bermula dengan berniaga di sebuah premis kecil di Pelabuhan Klang dengan menyediakan servis spa seperti urutan tradisional, facial treatment dan lain-lain dengan menggunakan produk yang diasaskan sendiri menggunakan bahan-bahan semulajadi.

EDAR FLYERS DALAM SURAT KHABAR UNTUK PEMASARAN PERNIAGAAN SPA

Sejak berumur 6 tahun lagi, Mohd Ezrai telah membantu perniagaan spa ibubapanya ini. Pada awal perniagaan, mereka tidak mempunyai modal yang besar untuk melakukan pemasaran dan juga tiada ilmu tentang Digital Marketing.

Pemasaran yang digunakan untuk memperkenalkan perniagaan spa ini adalah dengan hanya menyelit dan mengedarkan flyers dalam surat khabar yang akan dihantar dari rumah ke rumah di kawasan perumahan yang terdekat.

 JANA JUALAN MAKSIMA HANYA RM20,000 SEBULAN

Dengan teknik pemasaran tradisional seperti mengedar flyers, perniagaan spa mereka mula dikenali di sekitar Pelabuhan Klang dan mula menjana pendapatan.

Namun begitu, cabaran mula timbul apabila mereka ingin mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan baru di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Kos pengurusan semakin bertambah tetapi hasil jualan tetap sama. Pelbagai idea dan strategi yang difikirkan untuk menarik lebih ramai pelanggan ke spa. Contohnya, memberi coklat bersama flyers dan diberikan kepada kanak-kanak dengan meletak harapan ia diberikan kepada ibubapa mereka. Malangnya, hasilnya tidak memberangsangkan seperti yang diharapkan.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, apabila mereka diduga dengan satu insiden apabila premis perniagaan spa pertama mereka di Pelabuhan Klang musnah dalam kebakaran dan ia mengakibatkan kerugian yang besar.

TIDAK KENAL ERTI PUTUS ASA DAN TERUS MENCARI ILMU PEMASARAN INTERNET

Walaupun mengalami kerugian besar akibat kebakaran, Puan Fauziah sekeluarga tidak mengenal erti putus asa dan terus bangkit meneruskan perniagaan spa beliau di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Dengan peredaran zaman ke arah penggunaan teknologi dan Internet, mereka juga mula beralih teknik pemasaran menggunakan Internet seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp. Pada awalnya, mereka menggunakan sosial media ini secara rambang dan tanpa ilmu yang betul.

Pada ketika ini, jualan perniagaan spa mencecah maksima hanya RM20,000 sebulan dan ia tidak mencukupi untuk menampung kos pengurusan.

 PERJALANAN MENCARI ILMU DAN MENTOR YANG TEPAT

Selepas tamat persekolahan, Mohd Ezrai tidak menyambung pelajaran ke universiti tetapi terus membantu ibunya menguruskan perniagaan spa keluarga beliau.

Sejak itu, beliau terus mencari ilmu digital marketing seperti pemasaran di Facebook, Instagram, Youtube, website dan sebagainya. Setiap hari beliau melihat iklan video FunnelEvo di media sosial di pelbagai channel media sosial di Internet.

Ia menyebabkan beliau terfikir sekiranya beliau boleh mengiklankan perniagaan spa seperti mana strategi FunnelEvo lakukan, ia pasti dapat membantu meningkatkan jualan perniagaan spa ini.

Kemudian, beliau menyertai seminar pertama bersama FunnelEvo iaitu Seminar Kuasa Database Marketing pada bulan Disember 2018 di TSR Conference Hall dengan membawa sejuta harapan untuk belajar strategi digital marketing dan database marketing.

Dengan niat untuk membantu perniagaan keluarga dan memikul tanggungjawab sebagai anak sulung untuk mewarisi perniagaan spa tersebut, Mohd Ezrai bertindak lebih serius dengan mendaftar ke program Funnel Hackers.

Program Funnel Hackers merupakan program intensif yang mempelajari ilmu teknikal secara praktikal dan strategi Integrated Digital Marketing seperti  Facebook, Google, Youtube, Website, Email, dan SEO dan strategi mengumpul dan menguruskan database pelanggan  dengan baik.

JUALAN MENINGKATKAN SEHINGGA RM200,000 SEBULAN DALAM MASA 3 BULAN DENGAN ILMU DAN MENTOR YANG BETUL

Berpegang pada kata-kata semangat daripada Tuan Fahdi Ghazali, pengasas FunnelEvo iaitu “Jika hendak buat sesuatu, buat sungguh-sungguh. Jika tidak mahu buat, tak payah buat.”, Mohd. Ezrai terus mempraktiskan ilmu Integrated marketing yang dipelajari bersama trainer berpengalaman FunnelEvo.

Antara teknik yang digunakan secara konsisten adalah Facebook Advertising (Ads), sistem automation Facebook Messenger iaitu sistem Manychat dan juga sistem automation WhatsApp yang dicipta sendiri oleh FunnelEvo iaitu sistem SifuChat.

Sebelum menggunakan sistem automation ini, mereka mengalami kesukaran untuk menjawab segala private message (PM) dan juga pertanyaan di Whatsapp dengan cepat dan efektif kerana kekurangan tenaga kerja. Ini kerana jumlah mesej yang masuk yang banyak setelah menjalankan iklan.

Dengan menggunakan sistem automation Facebook Messenger ini, ia telah membantu mempercepatkan proses jualan di platform Facebook dan paling menarik, jualan juga boleh berlaku secara automatik pada bila-bila masa sahaja.

Sistem Facebook Messenger dan SifuChat juga boleh menghantar mesej secara serentak dalam satu masa kepada database pelanggan kita.

Selain itu, mereka juga mula mengumpul dan menjaga database pelanggan  dengan menggunakan sistem Manychat dan SifuChat ini dan menggunakan strategi follow-up yang diajar oleh FunnelEvo.

Walaupun baru sahaja mengaplikasikan 3 teknik dan strategi yang diajar di program Funnel Hackers, jualan perniagaan spa Saffah Herbs Beauty Recipe Spa telah pun meningkat secara drastik sehingga mencecah RM200,000 sebulan dalam masa 3 bulan.

SELANGKAH KE HADAPAN UNTUK MELAHIRKAN USAHAWAN KECANTIKAN SPA

Apa yang lebih menarik lagi, Saffah Herbs Beauty Recipe Spa mula menjalankan kursus latihan untuk orang ramai yang berminat untuk memulakan perniagaan spa dan menjadi usahawan dalam industri spa kecantikan yang berjaya.

MELABUR WANG UNTUK ILMU TIDAK PERNAH MERUGIKAN

Ramai usahawan skeptikal dan takut untuk melaburkan sejumlah wang untuk mempelajari ilmu yang betul daripada mentor yang tepat. Kami di FunnelEvo percaya hanya dengan ilmu yang betul sahaja, seseorang boleh bertindak dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko kegagalan akibat bertindak tanpa ilmu.

Mana lebih baik antara “bakar” duit untuk ilmu dan mula bertindak dengan ilmu atau “bakar” duit untuk buat iklan di media sosial tanpa ilmu dan akhirnya, tidak memperolehi result seperti diharapkan?

Pertanyaan lanjut tentang seminar atau program Digital Marketing oleh Akademi FunnelEvo, layari website www.funnelevo.com

 

 

 

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!